Nenek tertarik dengan tulisan dari www.http://celotehlagi.blogspot.com...
AKU POST APA SAJA, DAN ENGKAU BOLEH KATA APA SAJA. AKU POST LAGI APA YANG AKU SUKA DAN ENGKAU BOLEH KATA LAGI APA YANG ENGKAU SUKA. KEMUDIAN AKU AKAN POST LAGI APA YANG AKU SUKA DAN AKU TAK BENARKAN ENGKAU KATA APA YANG ENGKAU SUKA, HANYA APA YANG AKU SUKA ENGKAU KATA AKAN AKU BENARKAN. SEBAB INI BLOG AKU...
RM6 juta adalah sebahagian kos yang dibelanjakan oleh SUARAM untuk membiayai pengganas Sulu yang menceroboh Sabah dan membunuh anggota keselamatan.Tanpa bantuan kewangan pengganas ini sudah pasti tidak akan mampu membeli senjata yang moden kerana harganya yang sangat mahal.
Petikan dari Mynewshub:“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit. Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer).” Lapor laman itu lagi. M-16, M-14 – Rifle untuk penembak tepat, Light Machine Gun – LMG, General Purpose Machine Gun – GPMG, M203 – grenade launcher, AK47, Bom tangan (dipercayai dimiliki kumpulan berkenaan), Rocket Propelled Grenade – RPG (Anti kereta kebal) antara senjata yg dipercayai di gunakan oleh pegganas ini.
Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata tidak jauh dari Pulau Tawi-Tawi, Padawan dan Cagayan Sulu (
lihat peta USS Guardian terkandas). Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17hb Januari iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh keatas Sabah pada 11 Februari 20113.
Kotak biru di mana USS Guardian terkandasYang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang dikawasan Tubbataha Reef.
Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti. Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.
PH kept in dark
Tan questioned a US Embassy statement that the US Navy had promptly informed Philippine authorities about the ship running aground.
“The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,” he said.
Tan said the Tubbataha park rangers only knew about what happened when they spotted the ship. - http://globalnation.inquirer.net/61807/us-navy-ship-stuck-in-tubbataha-why-there
Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina. USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu tersebut, ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina.
“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),” he said, referring to an announcement on naval ships preparing the ship’s crew for battle or imminent damage. - http://globalnation.inquirer.net/61807/us-navy-ship-stuck-in-tubbataha-why-there
Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa. Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang.
USS Guardian yang canggih tersangkut di terubu karang pada 17 Januari
Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang-barang. Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.
Macam-macam peralatan dipindahkan dari USS Guardian secara rahsia. Tetapi gambar ini dirakamkan oleh Pasukan Pengawal Pantai Filipina.
Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III. Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih didalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.
Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II
Penglibatan Anwar, Tian Chua dan Sivarasa makin hari makin terdedah, penafian dan diversi isu digarap dan dilemparkan seluas mungkin. Matlamat Anwar hanya mahu mengkambing hitamkan pengganas Sulu semata mata mahu membuktikan bahawa negara tidak selamat dibawah pemerintahan BN.
Terkini wikileaks mendedahkan bahawa Nur Misuari telah merancang untuk menyerang Sabah seawal 2007, setelah mendapat bantahan daripada pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada ketika itu, Nur Misuari telah membatalkan hasrat beliau untuk menyerang Sabah.
Maklumat yang didedahkan oleh wikileaks juga menyatakan Anwar mempunyai hubungan yang rapat dengan Nur Misuari. Malah turut mendedahkan Anwar beberapa kali mengadakan pertemuan dengan Nur Misuari.
Nur Misuari dikatakan sememangnya marah dengan Malaysia yang menangkapnya pada 2001 di Pulau Jampiras, Sabah, kerana memasuki Malaysia tanpa kebenaran, sebelum diekstradisi ke Manila dan dihukum penjara.
Klik gambar untuk link
Malah, bukan itu saja, Nur Misuari juga marah apabila dengan bantuan Malaysia khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, BangsaMoro yang diwakili Pejuang Pembebasan Islam Moro (MILF) diwujudkan menerusi perjanjian dengan kerajaan Filipina. Perjanjian ini tidak melibatkan kumpulan diketuai Nur Misuari iaitu MNLF. Kita tahu bahawa Nur Misuari pernah menjadi Gabenor di Mindanao tetapi jawatannya dilucutkan selepas terlibat dengan skandal wang dan wanita, sama seperti Anwar.
Maklumat tambahan:
For Aquino, whose party faces congressional elections in May, there are fears the Muslim vote in Mindanao will be lost after he described the claims by the sultan's supporters as a "hopeless cause". Aquino also said the insurgency was part of a wider conspiracy to derail a peace deal signed last year between his government and Muslim rebels in the Philippines, noting: "The family of Sultan Jamalul Kiram could not possibly have settled on this course of action alone."
Analysts, however, paint a picture of a Muslim group isolated from the recent peace process and desperate to be recognised by the national government.
"The Sultan of Sulu has never been known to be violent, he has never gone this far," said Filipino journalist Glenda M Gloria, author of Under the Crescent Moon: Rebellion in Mindanao. "You have to understand the government was signing a peace agreement with MILF [Moro Islamic Liberation Front], the main stakeholder, so I think it's not so much a conspiracy as a lack of focus on the side issues related to the peace process." -http://www.guardian.co.uk/world/2013/mar/05/malaysian-forces-attack-armed-filipino-group?INTCMP=SRCH
P/S: "Sabah mempunyai simpanan minyak dan gas yang menyamai Kuwait sebuah negara teluk. Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah mempunyai simpanan minyak sebanyak 1.5 billion tong dan simpanan gas sebanyak 11 trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak yang baru dijumpai diperairannya. Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga minyak yang menjana 192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari."