KETIKA CINTA BERTASBIH...KU BERLARI DI AWAN .... SANDERA CINTA BUKAN BERERTI MEMILIKI..
Showing posts with label Buku2 ku. Show all posts
Showing posts with label Buku2 ku. Show all posts
Thursday, February 5, 2009
BILA BEDUK BERBUNYI
MEMO UNTUK ANAK PENZINA.............
Kemuliaan mu di Sisi Tuhan.
Aduhai anak penzina,
Kau lahir di hina. Dikeji.
Tanpa dipinta, kau terpaksa menyusuri dunia yang zalim.
Meniti hari demi hari dengan memijak sembilu dan duri.
Tusukannya tajam menikam.
Maruahmu tercalar kerana dosa orang lain.
Hapuskanlah air mata mu.
Dengarkanlah bicara ini hanya untuk mu.
Biar pun ssejijik mana dirimu pada pandangan masyarakat, jangan sesekali kau
memandang jijik pada dirimu sendiri...
Kau berhak menjadi manusia terhormat...
Jandan kau sendiri menghukum dirimu keji, dan jangan sesekali mencampakkan dirimu
dalam kekejian.
Ingatlah, sedikit pun kau tak mewarisi dosa penzina.
Fitrah mu tetap suci bersih.
Ku terdengar jeritan batinmu,,
"Kenapa Allah menyeksaku begni?"
Tanpa noda dan dosa, lahir dipersenda.
Aaahh.... dunia penuh aniaya?"
Kau merintih sayu saban hari.
Pilu hatiku bila melihat kau terus berduka sambil mempersoalkan keadilan Yang Esa.
Lebih pilu hatiku bila kau turut memilih jalan hidup yang hina
semata-mata sebagai tanda protes pada-Nya.
ramai anak penzina membawa keturunannya menjadi penzina seperti
ibunya.
Nauzubillah!!!!
Aku tak mahu ia turut menimpa dirimu.
Dirimu berhak berada di kedudukan terhormat,
biar sehina mana pun insan yang melahirkanmu.
Jadilah terhormat di mata masyarakat apatah lagi terhormat pada pandangan ALLAH.
Pilihlah kehormatan bukan kehinaan....
Ketahuilah duhai anak-anak yang mulia,
Bukan Allah yang zalim padamu,
Maha suci Allah dari sebarang kezaliman.
Segala yang datang dari Nya pasti ada hikmah tersirat.
Sebaliknya , penzina itulah yang berdosa terhadpmu dan keturunanmu.
Allah sudah menunjuk jalan, sudah memberi panduan, sudah membuka peluang,
namun penzina itu tetap memilih jalan maksiat.
Sungguh jijik dosa penzina.....
Damaikan hatimu duhai anak...
Allah Maha Penyayang.
Dia mengujimu menjadi anak penzina kerana Dia tahu jiwamu sarat ketabahan.
Dia tahu kau mampu menhadapinya.
Allah mengetahui kemampuan kita lebih dari kita sendiri.
Dia pasti membeli kesabaranmu dengan harga yang tinggi.
Ganjaran syurga menanti di akhir setiap penderitaan hidupmu jika kau yakin pada Nya.
Yakinlah!!!
Hanya itu kesudahan terbaik yang menjadi impian setiap orang beriman..
Ketahuilah, ALLAH SWT memilihmu !..
Dia ingin kau mengerti betapa pedihnya dosa penzina mengazab orang lain.
Untuk apa kau mengerti?
Supaya di dunia fana ini, kau tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Supaya dirimu todal terjebak kelembah kotor itu.
Sejarah hidupmu akan menyebabkan kau lebih matang berhadapan kehidupan.
Kematangan itu hadiah berharga dari Tuhan.
Ya... Allah melihatmu !...
Pernahkah kau terfikir?
Allah telah memilihmu menjadi anak penzina mungkin agar kau bangkit menyedarkan
masyarakt tentang kejijikan zina.
Agar kau menggoncang masyarakat yang hidup jauh daripada petunjuk wahyu.
Agar kau suluhkan mereka pintu menuju hidayah Allah.
Kamudian dengan "asbab" itu, Dia melimpahkan ganjaran pendakwah buatmu.
Tabahlah duhai anak...
Lupakan lah duka hatimu..
Jadilah penawar duka masyarakat.
Atau sekurang-kurangnya jadilah penawar kepada insan yang melahirkanmu agar kembali
ke pangkal jalan.
Usaha berdendam terhadp dirinya kerana dendam itu tak menyumbang pada kebahagiaan.
Pandanglah dirinya sebagai musafir dunia yang keliru mencari jalan pulang.
Pandanglah dirinya dengan kaca mata dakwah dan kasih sayang.
Akuilah, dia tetap IBU MU...
Sampai bila kau ingin menghukum dirinya dengan keterlanjuran silam?
Mungkin saat ini, dirinya sedang merindui taubat.
Bantulah IBU MU....
Duhai anak-anak yang di cintai,
Pulihkian keyakianan diri.
Penilaian dirimu terhadap dirimu sendiri .
Teruskan melangkah dengan kecekalan hati.
Bangkitlah membina kemajuan diri.
Celikkan masyarakat akan kemuliaan diri mu.
Celikkan masyarakat akan indahnya hidup bertuhan.
Celikkan masyarakat akan keadilan Nya.
Salam. sampai berjumpa lagi
.
Sunday, February 1, 2009
BILA HIDUP TIDAK SECARA ISLAM.
Salam untuk semua...Hari minggu yang indah akan saya paparkan satu kisah cukup sedap di hayati. hasil tulisan Ustaz Hasrizal Abd Jamil...
"Macamana ustaz boleh baca kitab Arab macam itu?..
Baris tak ada, tanda mati tak ada,?
Macamana nak tahu kena baca baris atas, depan atau bawah?"
tanya seorang pelajar....
Hmmm macamana ustaz nak jawab ni ya.....Kalau nak tahu baris-baris di tengah perkataan, belajarlah ilmu Shorof dan kalau nak tahu baris dihujung perkataan, belajarlah ilmu Nahu.
"Ustaz kalau habis belajar bab Nahu dan Shorof tu, kira boleh bacalah ye?". tanya pelajar.
"Tak juga. Kelancaran membaca kitab Arab yang tak berbaris ini, datang dpd latihan.
Lagi byk membaca, lagi eloklah kualiti pembacaan kita. "... jawab ustaz.
"Bila dah mahir, tak perlukan baris lagi?" beliau semakin blurrr.
"Malah kalau dibaris2 kan semua, jadi sulit pula nak baca. Buku Arab yang membaris-bariskan semua perkataannya adalah tajhil kepada pembaca." sambung ustaz.
"Tajhil? Tajhil tu apa ?"
"Tajhil bermaksud, menggangap pembaca sebagai jahil. Yakni tak mahir membaca. jawab ustaz.
"Oh begitu, habis kenapa Al - Quran semua dibubuh baris? Menganggap semua pembacanya jahil ke?" tanya pelajar penuh semangat.
"Kitab Tafsir hanya dibaca oleh orang yang belajar tafsir.
Buku teks Bahasa Arab Tingkatan 1 hanya di baca oleh pelajar tingkatan 1.
Tapi al-Quran untuk bacaan semua.
Daripada tingkatan 1 sehingga kepada sealim-alim manusia.
"Lagi pun al-Quran adalah kalam Allah , sumber hukum. Silap baca lain maknanya!" sambung ustaz.
"Boleh ustaz bagi contoh?"
"Misanya dalam ayat 6 surah al-Maidah: Perkataan "arjulakum" yang bermaksudd "kaki kamu itu" hendklah diaca dengan baris atas pada huruf Lam.
Maknanya hendaklah disapu kepala ketika berwuduk dan kaki pula dibasuh.
Tetapi kalau dibaca "arjulikum" dengan baris bawah, maknanya berubah. Ia memberi maksud " hendaklah disapu kepala dan kaki kamu". tak payah basuh kaki. Sapu sahaja....
Namanya perbezaan Qiraat.
Sebab itu kena letakan barisnya.
Lagi pun al-Quran kena dibaca dengan tajwid, baca sebagaimana ia diturunkan.
Agaknya dulu-dulu, kalau dah Muslim itu , Muslimlah.
Tapi hari ini ia perlu diperincikan. Muslim yang bagaimana?
Muslim yang Islamik.... Sebab ada Mulim yang tak begitu Muslim...
Sampai berjumpa kembali.

Wednesday, January 21, 2009
ilimiah
Dah lama cuti..... hari ini saya perkenalkan buku TEh TArik Kurang Manis karya Abd jalil Ali....Beliau selalu berkarya dalam majalah MIDI... Ha ha bagi umur 40+++ selalu2 la baca majalah ini. dan kalau nk lagi best beli buku dia Teh Tarik............. Byk pelajaran byk pengajaran juga. tentang life solo, marriage, solo again, dan balu2. ........ dunia diceritakan dunia realty. Hidup berpoligami, monogami dan memegami semua ada. Pendek kata kita tak belajar kt U, tapi kita belajar thru pengalaman seh..... Topik2 cukup menarik, Lelaki 3G, Jagan biarkan dalca kedinginan, Air tangan isteri pengikat kasih, Cinta di akhir usia, Takak kering perut berdangdut dan byk lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)