Showing posts with label cinta karisma. Show all posts
Showing posts with label cinta karisma. Show all posts

Saturday, June 6, 2009

BICARA CINTA

UNTUK CUCU-CUCU NENEK YANG DI ALAM PERCINTAAAN...



Image and video hosting by TinyPic


Pernah tak korang rasa betapa peritnya jika cinta itu hanya dipendam
sahaja didalam hati tanpa diluahkan pada orang yang kita sukai.
Disini, aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan betapa sakit dan
peritnya hati ini bila kita menyukai seseorang itu tanpa meluahkan
perasaan padanya .

Biar ku kenalkan dia sebagai A.Perkenalanku dengannya bermula
di tempat kerja dimana A bertugas di bahagian dapur manakala aku
pula bertugas di bahagian cashier. Mulanya aku hanya menganggap
A sebagai rakan sekerja sahaja kerana aku menyampah dan jelik dengan
sikapnya yang suka mengampu dan menganggap dirinya itu ‘perfect’ la kononnya.

Perasaan yang tidak disangka-sangka itu muncul bila aku menemaninya
berjalan-jalan melepaskan “tension” di putrajaya. Hanya kitorang sahaja...
Malam yang sunyi di atas jambatan putrajaya yang ntah apa namanya.
Hanya aku dan A…. A melepaskan segala masalah yang terbuku
dihatinya padaku. Pertama kali aku terasa begitu dihargai. Bila difikir-
fikirkan balik menyesal pulak rasanya menemani A malam tu. Kalaulah
aku tak keluar temankan dia lepaskan “tension” malam tu mungkin perasaan
yang aneh itu tak akan muncul. Mungkin pada pandangannya dia meluahkan
masalah pada seorang rakan tapi berlainan pula bagiku.

Sejak hari itu ntah kenapa aku rasa lain macam bila jumpa A. Ambil
berat sangat kat A.. Ambil kisah masalah A. Kadang-kala aku rasa macam
bodoh. Hinggalah satu hari A menceritakan padaku yang dia menyukai
seorang perempuan. Amat menyukainya sehingga sanggup mati la
kononnya demi perempuan tu.

Sejak itu aku mula menjauhkan diri darinya. Mengelak bercakap
dengannya. Aku tak mahu perasaanku terlajak lebih jauh lagi.
Sehinggalah satu hari tu perempuan yang A suka kerja kat situ.
Bermula dari hari tu aku rasa seperti berada di dalam neraka.
Mendengar hilai tawa mereka bergurau aku rasakan seperti
telinga aku dicurahkan minyak panas yang sedang menggelegak
di dalam kuali. Aduh sakit dan perit rasanya!!

Lantas aku berkeputusan untuk menjauhkan diri daripadanya.
Tapi, makin aku ingin menjauh darinya makin rapat pula A
menghampiriku. Saban hari A bertanya apakah yang menyebabkan
aku bersikap dingin padanya. Memujukku dengan memberikan
kata-kata manis dan harapan yang semuanya pada pandanganku
hanyalah palsu belaka. Ah lelaki memang pandai bermain kata.-kata!!
Tapi memang tidak dinafikan kadang-kadang aku termakan jugak
dengan pujuk rayunya itu.

Segala masalah A dengan teman wanitanya akan dikongsi denganku.
Seumur hidupku belum pernah ada seorang pun lelaki yang sanggup
berkongsi masalahnya denganku. Percaya atau tidak kalau ku katakan
yang A ialah lelaki pertama yang menghantar aku balik ke rumah, lelaki
pertama yang belanja aku minum, lelaki pertama yang sudi makan sisa
aku, lelaki pertama yang pernah makan masakan aku, dan segala-galanya
yang aku buat bersamanya merupakan kali pertama.

Aku menemaninya ketika A menghadapi kesukaran, kadang-kadang
disebabkan masalah yang ditimbulkan olehnya, aku yang menjadi mangsa.
Memang benar,cinta memang buta bila difikir-fikir betapa bodohnya
aku masa tu.
Kalau aku tahu begini balasan yang diperolehi atas segala kebaikan
yang telah kuberikan memang dari awal lagi aku tak ingin menolongnya
walau secebis kuman sekalipun. Susu yang kuberikan akhirnya dibalas
dengan tuba. Entah dimana silapku, apa salahku aku difitnah cuba
menghancurkan hubungannya dengan teman wanitanya yang dikasihi.
Adakah salah aku meminjamkan telingaku mendengar masalahya?
Adakah satu dosa aku meminjamkan bahuku meringankan beban
masalah yang dipikulnya?

Keakraban dan keprihatinan yang ku berikan padanya menimbulkan
salah faham antara A dan teman wanitanya. Lantas bagi menutup
kesalahannya aku dituduh cuba menggodanya. Menyimpan perasaan
padanya. Memang ku akui aku mempunyai perasaan padanya namun
aku tidaklah sampai mahu merosakkan hubungan antara A dengan
teman wanitanya.

Lantas aku pergi merantau ke negara orang bagi membawa hati
yang luka. Melanjutkan pelajaran agar dapat melupakannya.
Melupakan segala kenangan pahit dan manis yang A tinggalkan padaku.
Sebelum pergi, aku hanya dapat melihat kemesraan antara A dan
teman wanitanya dari jauh. Cukuplah... Cukuplah setakat melihatnya
dari jauh, aku berasa puas dan bahagia. Walaupun aku tidak dapat
memilikinya namun jauh disudut hatiku aku masih lagi menyimpan
perasaan yang belum pernah lagi ku rasakan apabila bertemu dengan
mana-mana lelaki lain.Mungkin pintu hatiku masih belum mampu
terbuka untuk lelaki-lelaki lain. Biarlah…. Biarlah cintaku ini menjadi
cinta dalam hati yang hanya aku seorang sahaja mengetahuinya dan
merasai keperitannya.

Hati aku makin tidak menentu.Ku sangkakan dengan melarikan diri
dari semua itu,aku akan dapat melupakannya.Tapi..apa yang ku
temui di tempat belajarku..Seorang lelaki,J (bukan nama sebenar)
yang berupa paras serta susuk tubuh yang mirip seperti A.Aku
menjadi tidak keruan..Aku cuba untuk tidak memandang atau
terserempak dengan J kerana seringkali aku melihat J aku akan
dihantui dengan bayangan A. Aku tidak mahu pelbagai kenangan
silam itu kembali menerpa..

Dengan ketabahan dan kesungguhan diriku ini,aku sudah
menjadi lali dan seperti tiada apa-apa bila terserempak dengan J.
“Mind setting” ku menyatakan J dan A merupakan manusia dari
alam yang berbeza walaupun dia mempunyai susuk tubuh dan wajah
mirip A meskipun aku belum mengenalinya dengan lebih rapat.
Aku sudah serik untuk mengenali lelaki kerana takut pisang berbuah
dua kali. Aku tidak mahu itu semua mengganggu diriku untuk
menumpukan pelajaranku,dan mengejar cita-cita ku..Dan sekarang
aku menjalani kehidupan ku tanpa apa-apa masalah yang lalu.Aku
bahagia disamping keluarga yang tercinta dan rakan-rakan seperjuangan yang setia.Walaubagaimanapun,diriku ini hanyalah kaum Hawa yang lemah.
Sesekali aku akan teringatkan A dan kenangan-kenangan lama itu
apabila terlihat J. Tapi aku segera menepisnya agar aku tidak akan
hanyut dan kalah dengan arus kenangan itu semua.

Setiap kali aku mendengar lagu Cinta Dalam Hati yang dipopularkan
oleh kumpulan Ungu,hati aku berasa sangat pedih, merana, kecewa,
sedih, pasrah .Tapi aku redha,ini semua ada hikmahnya.Aku tahu,ada
sesuatu yang lebih baik akan terjadi disebalik apa yang telah berlaku
pada diriku ini.

Kepadamu A,akan ku simpan cinta ini dalam hatiku.Sampai bila?
Itu aku sendiri tidak tahu.Ku selalu doakan semogamu bahagia
dan sentiasa gembira dengan hidupmu bersama si dia. Biarlah dirimu
tidak mengerti apa- apa tentang isi hatiku dan biarlah cinta ini menjadi
CINTA DALAM HATI…


“Ku ingin kau tahu diriku disini menanti dirimu,
Meski ku tunggu hingga hujung waktu ku,
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya,
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya,
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja…”


Mencintai seseorg dalam diam memang menyakitkan.
Tambah pula kalau insan tu memang dekat dengan kita.
Lagi tambah tak keruan bile insan itu hanya menganggap
kite sebagai teman baik saje. Itu lagi seksa.
Tabahkan hati, tetapkan minda ntuk meneruskan
perjalanan hidup tanpa cinta tiada balasan itu.





Image and video hosting by TinyPic





Love Quote and Life Quote Pictures, Images and Photos




Upload Pictures - Photo Sharing - Free Image Hosting







Sunday, April 19, 2009

ANTARA SUKA DAN CINTA

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang.
Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku.
Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum....


.

Thursday, March 26, 2009

WAJAH-WAJAH

YANG INDAH DAN TERINDAH
















.

Friday, March 20, 2009

C I N T A

Kepada yg masih SEPI..
Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan kepada seseorang yang berhak menerimanya

Kepada yg ragu-ragu dgn PERNIKAHAN.. .
Cinta bukannya mencari seseorang yang SEMPURNA, tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada yang BERMAIN_MAIN..

Jangan katakan AKU CINTA PADAMU! bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung UNTUK MENERIMANYA saat ia terjatuh.

Kepada yg PATAH HATI..
Sakit patah hati bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA..

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yg benar-benar dialami.

Kepada yg ingin MENGUASAI..
Hatimu patah melihat orang yg kau cintai berbahagia dengan orang lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yg kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

Kepada yg takut MENGAKUI..
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yg kau cintai, langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TELAH PERGI..
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yg tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

Cinta memang indah..Itu HAKIKAT

Wednesday, March 11, 2009

SANTUN MENAWAN....




LEMBUTNYA PANDANGAN SEORANG WANITA....



Lihatlah apa yang tersurat

dari yang tersirat.....dari mata..

turun ke hati...maka di situlah..

Qalbumu tersembunyi....


dari jelingan mata... turun kehati......

begni lah kitaran hidup kita... ketika cantik .. ribuan pujian diberi..
ketika usia meniti senja.....terpinggir ...



inilah kediaman kekawan nenek .. dari dulu hingga kini. itulah
teratak indah berlindung dari hujan dan panas...


salah seorang kawan baik nenek.... mmm


nenek ni dulu macam siti nurhaliza dizamannya..



zaman kami sekolah dulu atuk ni paling kelakar


sahabat atuk yang masih setia....

" SENYUMAN DALAM DUKA" - atuk

wajah-wajah insan yang kita sayangi.....

inilah kita ...esok... lusa... sebulan... setahun... dan sesterusnya... kita akan tempuhi juga perjalanan begni...

oleh itu.. ingatlah ... syukurilah... nikmatilah kehidupan kita sebaik mungkin...





.

Thursday, March 5, 2009

ANGGUN NYA WANITA

W A N I T A





TANGIS WANITA....



SUCINYA WANITA




HATI, AKAL DAN IMAN...



MUSLIMAH SEJATI...






Wednesday, February 25, 2009

MASIH INGATKAH KEKASIH LAMA????

Salam untuk cucuku semua....

Dihari rabu yang mendung dengan hujan renyai-renyai.... sayu nenek menyenangkan ....
kenangan lalu....

Nenek tak nak cerita , tentang nenek... sebab panjang sangat dan maluuuu...
tapi nenek nak pesan pada semua ya...

Masih ingatkah kekasih lama setelah kita berkahwin dengan orang lain?
Ini soalan yang amt peribadi... hanya cucu sahaja yang tahu jawapannya.
Tetapi nenek percaya kenangan silam... tidak kira pahit atau manis, biasanya sukar untuk dilupakan.

Misalnya,
ketika di sekolah menengah dulu tersangkut hati dengan seorang mamat yang jadi ketua pengawas.
Usik-mengusik semasa di kantain atau gurau-gurau ... tiba-tiba jatuh cinta.
Manisnya cinta itu...
Lebih-lebih lagi ketika dapat duduk sebelah menyebelah di pusat tuisyen atau pergi minum ABC.
Atau dapt bersama satu pasukan ketika sukan disekolah.

Tapi , kiranya terlalu asyik cintan-cintun semasa sekolah,
ada juga yang dapat telur dalam keputusan SPM....

Nenek hairan kenapa dipanggil cinta monyet?
kenapa tidak.. cinta ayam..!... cinta buaya..! cinta seladang..!
Apa pun... cinta monyet biasanya tidak diambil kira sangat dan tidak menyinggung
perasaan bila dikenang semula ketika sudah kahwin.

Ada pun yang meninggalkan kesan mendalam lagi terkenang siang malam ialah
cinta pertama diluar dunia monyet.

Berbeza dengan cinta monyet yang sifatnya hanya hangat-hangat tahi ayam..
cinta pertama adalah sebenar......
Cinta pertama selalu dikaitkan dengan istilah yang hebat-hebat...
suci... kudus...syahdu... sedingin embun pagi,,... sepanas matahari..
Istilah rocknya hanya satu... "tangkap lentok".


Bermula dengan jelingan pertama.... mungkin di satu majlis hari jadi,,,
mungkin juga di konsert terbuka atau di stesen LRT.
rasa halus itu terjalin dengan sendiri,,,, sedikit demi sedikit...
Sekiranya dari spesies 'sempoi'... selain nama ditanya pula.. tarikh lahir..bintang apa..
warna kegemaran dan sebagainya.

Ada juga yang sewel hingga sanggup bertanya saiz coli dan warna seluar dalam !

Dari pertemuan pertama,
disusuli dengan pertemuan-pertemuan seterusnya.
Lebih kerap bersama... lebih mesara jadinya.
Menyusuri pantai Port Dickson sambil berpegangan tangan..
Makan burger sambil menikmati bayu laut.
Atau menyedut sirap bandung dengan satu straw.

Atau berpegangan tangan dan mengelus-ngelus jari-jemari ketika menonton teater.
Boleh jadi juga berpeluk pinggang ketika menaiki motosikal berkuasa tinggi
dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam..

Semua itu akhirnya melahirkan perasaan halus dijiwa.
Senyum... tawa ... juga sedu dan tangisannya... semua kedengaran indah...
Kalau boleh.. sekiranya tiada halangan adat dan agama... bagaikan hendak bersama
sidia sepanjang 24 jam...
Dan... di penghujung keashiykan itu pasti akan diluahkan juga kata-kata keramat itu..
"AKU CINTA PADAMU'....

Cinta pertama yang datang terus dari hati, biasanya tidak dinyatakan hanya setelah dua kali temu janji.
Sekiranya terlalu cepat menyatakan cinta, pasti itu bukan cinta suci..
sebaliknya hanya 'cinta kacang putih'
atau ' cinta tom yam'...

Tidak kira lelaki atau wasnita, cinta pertama amat sukar untuk dinyatakan.
Susah untuk diucapkan.
Tetapi... sekali ia di lafazkan... bagaikan telah termateri sebuah ikattan halus.
Bagaikan.. ada perjanjian bahawa 'kau milikku' dan 'aku milikmu'.

Ketika itu engkau adalah segala-segalanya.
Engkaulah mentari, bulan , bintang, gunung intan.
Engkaulah komputer, telefon bimbit, PDA...
Malah engkaulah juga sate, tose ,karipap!

Cinta pertama memang penuh dengan 1001 keindahan.
Tiba-tiba cinta itu tidak sampai ke penghujung.
Cinta suci, kudus, lagi fulus itu tidak sampai ke jinjang pelamin.

Tidak singgah di ranjang pengatin.
tidak kira apa penyebab terputusnya cinta pertama itu.
Mungkin si dia berpaling tadah setelah mendapat gading yang lebih bertuah...

Mungkin juga di mamt mati dalam lumba haram..
Boleh jadi juga di hilang dalam tsunami atau 'taufan durian'
Malah biasa juga cinta kudus yang dipupuk dan dibaja sejak sekian lama...
tiba-tiba terhalang oleh orang tua...
Pemuda hanya ada emas sebesar saga... sedangkan keluarga perempuan mahukan emas
sebesar Proton saga...

Apa pun yang menyebabkan cinta itu putus... ia pasti meninggalkan kesa yang mendalam.
Kenangan daripada jelingan pertama di setesen LRT hingga lentok kepada ketika menonton teater, amat sukar untuk dilupakan.

Masakan keindahan menyedut sirup bandung dengan satu straw atau menhidup ABC itu dapat dilupakan begitu saja.
Meski cu ba dinyahkan ... ada saat dan ketikanya nostalgia silam itu mengisi perasaan...

Maka... bagaiman agaknya cucu semua menghadapai kenangan cinta pertama yang bekecai itu
ketika cucu bersanding di pelamin dengan orang lain???........

Bagaiman cinta sakan dengan tose atau karipap tiba-tiba... "Aku terima nikahnya dengan..."
apam balik?
Dimana gunung intan dan di mana bulan bintang?
Memang sukar untuk dilupakan.
Tapi...........
Sekali cucu telah berkahwin.. belajarlah untuk melupakan semua kenangan manis masa lalu...


Betapa pun wajah si dia dulu menjelma dan membisikkan sesuatu di telinga... setialah pada yang ada sekarang...
Bahawa cucu sekarang telah menjadi isteri atau suami yang SAH.

Yang dulu-dulu biarkan dalam lipatan sejara.
Mungkin sesekali teringat... tapi jangan cuba di selak lipatan sejarah itu.

Petua yang baik setelah menjadi suami isteri...
tidak kira berdasarkan cinta atau tidak... ialah dengan masing-masing melupakan
kisah-kisah lampau...
Percayalah ... esok masih ada dan perlu diteroka bersama orang baru.
Cinta itu pasti akan datang sedikit demi sedikit.
Sebagai kesimpulan ..
lupakanlah karipap dulu...
Peluklah apam balik dengan penuh kudus dan syahdu...


Sampai juga lagi di pinggiran waktu... salam untuk cucu-cucu tersayang...


.

Tuesday, February 10, 2009

CINTA

Cinta dan memiliki itu suatu yagn berbeza.
Jangan silap tentang hakikat itu.
Ramai pasangan suami isteri 'terkorban' cintanya kerana gagal membezakan antara mencintai dengan 'memiliki'.

Bila kita mencintai seseorang, kita berfikir tentang dirinya, bukan diri kita.
Kepentingan sendiri tidak dihiraukan, bahagia kekasih itulah yang diutamakan.
Ungkapan ini menggambarkan cinta yang sejati.
Sebaliknya, jika kepentingan sendiri lebih diutamakan, perasaan, jiwa dan rasa kekasih dibiarkan,
maka itu bukan CINTA.
Itu memperalatkan cinta namanya.

Mencintai itu membebaskan,
manakala memiliki itu cenderung kepada mengikat, membelenggu dan mengawal.
Berapa ramai isteri yang "mengawal" suaminya atas nama cinta?
Sehingga suami hilang kebebasan dan kemerdekaan dalam hidup seharian.

"Bila nak balik?"
"Kenapa lambat?"
"Kalau abang tak balik lagi, saya akan ...."
Bolehkah itu dikatakan 'ayat-ayat ' cinta?
Maaf, pertanyaan seperti itu lebih mirip kata-kata seorang majikan kepada pekerja, bukan antara isteri dengan suami tercinta.

Suami pula apa kurangnya.
Segala gerak-geri isteri dipantau penuh curiga.
Setapak isteri melankah, menggelegak cemburu di dada.
Prasangkanya sudah ke tahap merimaskan sang isteri.
Salah sedikit, marah.
Terlanjur sekejap, ugutan.
Bila ditanya, mengapa?
Si suami tidak malu mengaku, "kerana saya terlalu cintanya!".
Padahal, jika diamati dan diteliti, itu semua kerana cintakan diri sendiri.

Kasihan, siisteri menjadi sandera cinta.
Dikepung oleh penjara rumahtangganya, dicemeti oleh kata-kata suaminya.
Ah, ada benarnya kata bijak-pandai.... kekadang perkahwinan itu menjadi pusara percintaan!!.

"Queen control " atau
"King control" adalah produk cinta yang palsu.
Cinta yang diselaputi kepentingan diri.
Kulitnya cinta tetapi isny keegoan diri.
Seperti seorang pemilik burung terkukur
....diberi makan, diberi minum, dibersihkan dan dimandikan, dilatih berlagu...
...tetapi dikurung dalam ssangkar.

"Ini burung kesayangku," akuinya di hadapan tetamu.
"Suaranya sungguh merdu." pujinya tidak henti-henti.

Sekalipun tekukur dikurung dalm sangkar emas.
Sangkar tetap untuk mengurung, sekalipun sangkar emas.
Kilauan sangkar emas, suara berlagu merdu, bukanlah kebahagiaan tekukur yang terkurung tetapi buat tuannya yang mengurung.