Friday, April 10, 2009

DARI RUMAH ORANG MATI

Mayat itu terbujur di atas katil
berselimut kain batik lepas tak berjahit
beberapa kerat
dari waris terdekat
kelihatan menghadiahkan bacaan yassin
manakala selebihnya adalah tetamu
yang datang sekadar menjenguk
kemudaian berlalu pergi.

Dari arah bilik
kedengaran bisik beberapa
orang perempuan berjanji akan hadir
untuk menyambut parti tupperware
di rumah Cikgu Minah pada minggu depan

Seorang anak muda
yang masuk membawakan bekas kemenyan
sempat juga
menyankutkan matanya
ke atas dada seorang gadis yang duduk
bersimpuh dengan baju mendedah aurat.

Dihalaman rumah beberapa orang
menghadapi teh dan biskut lemak
di bawah pohon rambutan
sambil berbual
tentang isu tanah runtuh
di Bukit Antarabangsa

Seorang lelaki begitu kesal
sebab nombor 4D yang dibelinya
semalam
sekadar mampu menang hadiah saguhati.

Maka demikianla ya
Kalau hari ni
terdapat seorang insan yang mati
tetapi ada sejuta lagi manusia lain
yang sedang bergegas memburu hidup!!

.





Muslim_Prayer_Beads.jpg Allah image by AMY2424_2006




.

INDAHNYA TAMAN BUNGA KU...

Photobucket - Video and Image Hosting




Photobucket - Video and Image Hosting



Photobucket - Video and Image Hosting




trandafiri.jpg picture by MarthaLossurdo



77e5b77680a5b542f4371a65090b7c92_web.jpg


imagesimages


images



images



Upload Pictures - Photo Sharing - Free Image Hosting






IMG_3777 budsA White rose


IMG_3486 Visually pleasing

INGATLAH..TENTANG KUASA DIA....

KEBESARAN ILAHI UNTUK KITA SYUKURI....











.

Saturday, April 4, 2009

CUCI CUCI MATA





LIHATLAH..... TATAP LAH

ANUGERAH YANG ESA... SAYANGI LAH ANAK-ANAK MU..























.

Monday, March 30, 2009

ISTIMEWA NYA SEORANG PEREMPUAN ISLAM

KEINDAHAN SEORANG WANITA ISLAM


Kaum hawa berkata, susah menjadi perempuan Islam, lihat saja peratuan dibawah ini :-
Perempuan auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki,
Perempuan perlu meminta izin suaminya apabila mau keluar rumah, tetapi tidak sebaliknya,
Perempuan saksinya kurang dibanding lelaki,
Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki,
Perempuan perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak,
Perempuan wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat kepada isterinya,
Talak terletak ditangan suami dan bukan ditangan istri,
Perempuan kurang dalam beribadah karena masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Hakikatnya..


Benda yang mahal harganya akan dijaga dan disayangi serta disimpan ditempat yang selamat dan terbaik.
Tentunya intan permata tidak akan dibiarkan terserak bukan? Demikian halnya dengan perempuan dan auratnya.
Perempuan perlu taat kepada suaminya, tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya.
Bukankah ibu adalah seorang perempuan? Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki, tetapi harta itu
menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima warisan, perlu
menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya. Perempuan perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,

tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk Allah di muka bumi ini,
dan jika meninggal karena melahirkan adalah syahid. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan diminta
pertanggung jawabnya terhadap 4 perempuan, iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Sedangkan seorang perempuan, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki yaitu suaminya,ayahnya,anak lelakinya
dan saudara lelakinya. Seorang perempuan boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga manapun yang disukainya

cukup dengan 4 syarat iaitu sholat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah, tetapi perempuan jika taat kepada suaminya serta menunaikan

tanggung jawabnya kepada Allah, akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berjihad tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya Allah.begitu sayangnya Allah kepada perempuan.

Friday, March 27, 2009

MENGURUS NYAWA

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !










Andai dunia ini masih dianggap berharga,

bukankah akhirat itu jauh lebih berharga dan mulia.

Andai jasad ini memang diciptakan untuk mati,

maka bukankah mati di jalan Allah lebih mulia.




Thursday, March 26, 2009

WAJAH-WAJAH

YANG INDAH DAN TERINDAH
















.

Sunday, March 22, 2009

AKU.. KAMU.. DIA.... SAPA????



Inilah teman kita.. kekasih kita..kawan kita.. ibu kita..mak saudara kita..
mak cik kita... mak alang kita.. mak uda kita... mak usu kita...


seorang nenek yang merindui anak cucunya...


nenek kau nak gi rempit

dimana erti kemajuan..

nenek kat belakang..atuk berangan kat awek indon sebelah rumah..


sebuah perhentian sementara untuk atuk nanti
Dipenghujung perjalanan.. kita berhenti untuk beristirehat...
DAMAI... TENANG... AMAN...





.

Saturday, March 21, 2009

EMAK..IBU..MAMA..UMI..

MENGALIR AIRMATA.... IBU..EMAK..MAMA..UMI..

kesedihan yang tak mampu kutahan lagi


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu

Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu

Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku .. ibu

Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu

Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu

Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri

Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada
pasanganku

Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku

Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak
banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".




gam1.bmp



4ffdbf799cd03a5508efad5b9c9a8487.jpg


ATT00143[1].jpg


kata mak,

KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang.......


kata abah,

KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang
sakit.....


kata atuk,

KAWAN tu seperti air
terus mengalir.....


kata nenek,

KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tp nun jauh
di
sana....


kate sedare,

kawan tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!


kata abang,

KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata........


kata kakak,

KAWAN tu tak ubah macam
durian
bau je busuk tp sedap dimakan....


kata adik,

KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde.......


kata aku,

kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT
LEBAH, UMPAMA BUNGA
ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTI
LEMBU, TAK UBAH MACAM
DURIAN
&
MACAM
BISKUT!!!


"SEBAB----MEREKA-MEREKA TU TETAP UMAT ISLAM SEAGAMA DENGAN KITA.."




.


Friday, March 20, 2009

C I N T A

Kepada yg masih SEPI..
Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan kepada seseorang yang berhak menerimanya

Kepada yg ragu-ragu dgn PERNIKAHAN.. .
Cinta bukannya mencari seseorang yang SEMPURNA, tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada yang BERMAIN_MAIN..

Jangan katakan AKU CINTA PADAMU! bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung UNTUK MENERIMANYA saat ia terjatuh.

Kepada yg PATAH HATI..
Sakit patah hati bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA..

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yg benar-benar dialami.

Kepada yg ingin MENGUASAI..
Hatimu patah melihat orang yg kau cintai berbahagia dengan orang lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yg kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

Kepada yg takut MENGAKUI..
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yg kau cintai, langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TELAH PERGI..
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yg tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

Cinta memang indah..Itu HAKIKAT

MELAYARI TAUFAN KEHIDUPAN...

"Bila kamu berada pada waktu petang maka janganlah menantikan waktu pagi.
Dan bila kamu berada pada waktu pagi, maka janganlah menantikan waktu petang.
Pergunakanlah msa sihatmu untuk waktu sakitmu, dan pergunakanlah
masa hidupmu untuk saat kematianmu." (Riwayat Bukhari.)



JOM KITA BACA NI..........


1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia. Yang paling dekat dgn kita adalah MATI. "Sebab itu janji Allah bahawa yang hidup pasti akan mati" (Surah Ali Imran :185).
2. Apakah yang paling jauh dengan diri kita didunia. Yang paling jauh dari kita jauh adalah MASA LALU. Walau dengan apa sekalipun kita tak akan dapat kembali kemasa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, esok dan hari-hari mendatang dengan perbuatan yang bersesuaian dengan Agama.
3. Apa yang paling besar didunia ini. Yang paling besar didunia ini adalah HAWA NAFSU. "Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu membawa kita ke Neraka." (Surah Al A'raf: 179)

.

http://zulfaisalputera.files.wordpress.com/2008/03/aisha.jpg

.