Monday, March 30, 2009

ISTIMEWA NYA SEORANG PEREMPUAN ISLAM

KEINDAHAN SEORANG WANITA ISLAM


Kaum hawa berkata, susah menjadi perempuan Islam, lihat saja peratuan dibawah ini :-
Perempuan auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki,
Perempuan perlu meminta izin suaminya apabila mau keluar rumah, tetapi tidak sebaliknya,
Perempuan saksinya kurang dibanding lelaki,
Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki,
Perempuan perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak,
Perempuan wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat kepada isterinya,
Talak terletak ditangan suami dan bukan ditangan istri,
Perempuan kurang dalam beribadah karena masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Hakikatnya..


Benda yang mahal harganya akan dijaga dan disayangi serta disimpan ditempat yang selamat dan terbaik.
Tentunya intan permata tidak akan dibiarkan terserak bukan? Demikian halnya dengan perempuan dan auratnya.
Perempuan perlu taat kepada suaminya, tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya.
Bukankah ibu adalah seorang perempuan? Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki, tetapi harta itu
menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima warisan, perlu
menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya. Perempuan perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,

tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk Allah di muka bumi ini,
dan jika meninggal karena melahirkan adalah syahid. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan diminta
pertanggung jawabnya terhadap 4 perempuan, iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Sedangkan seorang perempuan, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki yaitu suaminya,ayahnya,anak lelakinya
dan saudara lelakinya. Seorang perempuan boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga manapun yang disukainya

cukup dengan 4 syarat iaitu sholat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah, tetapi perempuan jika taat kepada suaminya serta menunaikan

tanggung jawabnya kepada Allah, akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berjihad tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya Allah.begitu sayangnya Allah kepada perempuan.

Friday, March 27, 2009

MENGURUS NYAWA

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !










Andai dunia ini masih dianggap berharga,

bukankah akhirat itu jauh lebih berharga dan mulia.

Andai jasad ini memang diciptakan untuk mati,

maka bukankah mati di jalan Allah lebih mulia.




Thursday, March 26, 2009

WAJAH-WAJAH

YANG INDAH DAN TERINDAH
















.

Sunday, March 22, 2009

AKU.. KAMU.. DIA.... SAPA????



Inilah teman kita.. kekasih kita..kawan kita.. ibu kita..mak saudara kita..
mak cik kita... mak alang kita.. mak uda kita... mak usu kita...


seorang nenek yang merindui anak cucunya...


nenek kau nak gi rempit

dimana erti kemajuan..

nenek kat belakang..atuk berangan kat awek indon sebelah rumah..


sebuah perhentian sementara untuk atuk nanti
Dipenghujung perjalanan.. kita berhenti untuk beristirehat...
DAMAI... TENANG... AMAN...





.

Saturday, March 21, 2009

EMAK..IBU..MAMA..UMI..

MENGALIR AIRMATA.... IBU..EMAK..MAMA..UMI..

kesedihan yang tak mampu kutahan lagi


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu

Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu

Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku .. ibu

Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu

Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu

Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri

Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada
pasanganku

Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku

Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak
banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".




gam1.bmp



4ffdbf799cd03a5508efad5b9c9a8487.jpg


ATT00143[1].jpg


kata mak,

KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang.......


kata abah,

KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang
sakit.....


kata atuk,

KAWAN tu seperti air
terus mengalir.....


kata nenek,

KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tp nun jauh
di
sana....


kate sedare,

kawan tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!


kata abang,

KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata........


kata kakak,

KAWAN tu tak ubah macam
durian
bau je busuk tp sedap dimakan....


kata adik,

KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde.......


kata aku,

kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT
LEBAH, UMPAMA BUNGA
ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTI
LEMBU, TAK UBAH MACAM
DURIAN
&
MACAM
BISKUT!!!


"SEBAB----MEREKA-MEREKA TU TETAP UMAT ISLAM SEAGAMA DENGAN KITA.."




.


Friday, March 20, 2009

C I N T A

Kepada yg masih SEPI..
Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan kepada seseorang yang berhak menerimanya

Kepada yg ragu-ragu dgn PERNIKAHAN.. .
Cinta bukannya mencari seseorang yang SEMPURNA, tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada yang BERMAIN_MAIN..

Jangan katakan AKU CINTA PADAMU! bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung UNTUK MENERIMANYA saat ia terjatuh.

Kepada yg PATAH HATI..
Sakit patah hati bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA..

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yg benar-benar dialami.

Kepada yg ingin MENGUASAI..
Hatimu patah melihat orang yg kau cintai berbahagia dengan orang lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yg kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

Kepada yg takut MENGAKUI..
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yg kau cintai, langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TELAH PERGI..
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yg tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

Cinta memang indah..Itu HAKIKAT

MELAYARI TAUFAN KEHIDUPAN...

"Bila kamu berada pada waktu petang maka janganlah menantikan waktu pagi.
Dan bila kamu berada pada waktu pagi, maka janganlah menantikan waktu petang.
Pergunakanlah msa sihatmu untuk waktu sakitmu, dan pergunakanlah
masa hidupmu untuk saat kematianmu." (Riwayat Bukhari.)



JOM KITA BACA NI..........


1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia. Yang paling dekat dgn kita adalah MATI. "Sebab itu janji Allah bahawa yang hidup pasti akan mati" (Surah Ali Imran :185).
2. Apakah yang paling jauh dengan diri kita didunia. Yang paling jauh dari kita jauh adalah MASA LALU. Walau dengan apa sekalipun kita tak akan dapat kembali kemasa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, esok dan hari-hari mendatang dengan perbuatan yang bersesuaian dengan Agama.
3. Apa yang paling besar didunia ini. Yang paling besar didunia ini adalah HAWA NAFSU. "Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu membawa kita ke Neraka." (Surah Al A'raf: 179)

.

http://zulfaisalputera.files.wordpress.com/2008/03/aisha.jpg

.

Wednesday, March 18, 2009

KEGAGAHAN WANITA vs KECANTIKAN LELAKI





WANITA


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan…

Tetapi pada kekuatan perasaan…

Perempuan yang gagah…

Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,

Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,

Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,

Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan,

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman…

Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang Ehsan,

Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan



LELAKI


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal…

Tetapi pada murni rohani….

Lelaki yang cantik…

Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan,

Adalah lelaki yang sedia menerima segalan teguran,

Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,

Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,

Adalah lelaki yang baik sangka dan,

Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati…

Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang Ummiy

Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…




.

Friday, March 13, 2009

HIDUP VS DUIT

“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.”

“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.”

“Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.”

“Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.”

“Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.”

”Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan. ”

“Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.”

“Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam.”

“Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.”

“Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.”

“Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.”

“Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.”

“Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.”

“Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.”

“Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.”

“Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.”

“Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.”

“Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.”

....ingat-ingatlah kata-kata hikmah ni..

.






Wednesday, March 11, 2009

SANTUN MENAWAN....




LEMBUTNYA PANDANGAN SEORANG WANITA....



Lihatlah apa yang tersurat

dari yang tersirat.....dari mata..

turun ke hati...maka di situlah..

Qalbumu tersembunyi....


dari jelingan mata... turun kehati......

begni lah kitaran hidup kita... ketika cantik .. ribuan pujian diberi..
ketika usia meniti senja.....terpinggir ...



inilah kediaman kekawan nenek .. dari dulu hingga kini. itulah
teratak indah berlindung dari hujan dan panas...


salah seorang kawan baik nenek.... mmm


nenek ni dulu macam siti nurhaliza dizamannya..



zaman kami sekolah dulu atuk ni paling kelakar


sahabat atuk yang masih setia....

" SENYUMAN DALAM DUKA" - atuk

wajah-wajah insan yang kita sayangi.....

inilah kita ...esok... lusa... sebulan... setahun... dan sesterusnya... kita akan tempuhi juga perjalanan begni...

oleh itu.. ingatlah ... syukurilah... nikmatilah kehidupan kita sebaik mungkin...





.

Thursday, March 5, 2009

ANGGUN NYA WANITA

W A N I T A





TANGIS WANITA....



SUCINYA WANITA




HATI, AKAL DAN IMAN...



MUSLIMAH SEJATI...






Tuesday, March 3, 2009

LAGENDA SIFU .. M.NASIR

KONSERT
ALAM MUZIK...M.NASIR



"Muzik perlu ada jiwa dan keasliannya.. Penghayatannya harus teguh
dan setiap keaslian perlu ketara. Ianya harus jelas agar dapat dinikmati
dan berupaya menaikkan keasliannya yang tersendiri, dan setiap patah
katanya harus di ekspresikan seperti mana yang di perlukan oleh jiwa
dan semangat itu sendiri... ".... M.Nasir





Salam untuk cucuku semua.

Nenek baru kembali bersama PGL melihat kekasihnya
menyampaikan suara hati...

mmmm.... jangankan PGL tergoda dengan kekasihnya...
malah nenek tengok pun... nenek punnn jatuh hati....

Aduh !!!!! hansem.... macho... lelaki melayu... sejati..

Patutlah nama M.Nasir menjadi kegilaan bukan perempuan
aja malah lelaki juga.

Lagu-lagunya menyusuk kalbu terus terhunus ke jantung....


Hari itu... Sabtu 28.2.2008 nenek ke ISTANA BUDAYA, KUALA LUMPUR.
Sebagaiman dijanjikan tepat jam 8.30

SHOW BERMULA....









LAGU-LAGU HITS......


SANG PENCINTA
PHOENIX BANGKIT DARI ABU
MENTERA SEMERAH PADI
SERIKANDI CINTA KU
SENIMAN JALANAN
NUR NILAM SARI
SUATU MASA
HATI EMAS
JUWITA CITRA
CITRA TERINDAH
MUSTIKA
HIJAB KEKASIH
KERONCONG UNTUK ANA
RAJAWALI TERBANG TINGGI
ANDALUSIA
APOKALIPS


Inilah lagu-lagu yang dibawakan oleh sifu M.Nasir...
Lagu-lagunya bermesej kan cinta, perjuangan, kemanusiaan
dan peperangan.
Nyata, kelibat M.Nasir dengan lontaran vokal yang masih
mantap, mengundang sorakan dan tepukan gemuruh
penonton...
...termasuk le nenek...

Membangkitkan suasana, dia tampilkan suasana, dengan Gong Impaian
bersama lima penari lelaki serba putih memegang kain panjang
menghubungkan satu sama lain.

di ikuti dengan Hati Emas, dan Ekspres Rakyat.... nyata
persembahan bahan membuka tirai berjaya menarik
minat penonton untuk nyanyi bersama..
Nenek punnn nyanyi... suka nenek...

Memanaskan pentas, M.Nasir turut menyampaikan lagu rancak,
Rajawali terbang tinggi dan Dah Lagu Tu yang menyerlah vokal
dan gaya persembahan yang bertenaga.






Berlalu dengan empat lagu, M.nasir kemudian bersantai
sketika sebaik mengalunkan lagu Bukalah Hatimu yang
disampaikan secara ekustik diiringi gitar.

Memberi kepelbagaian dan tarikan pada persembahan, untuk
lagu seterusnya seperti Keroncong Nostradamus , dia
mengundang tiga penari wantia gempal mengiringi
persembahannya.

Kemunculan tiga wanita ini mengundang sorakan penonton dan
persembahannya bersesuan irama lagu yang disampaikan yang
mempunyai ciri tradisional dari Jawa, Indonesia.

Lagu Keroncong Untuk Ana selepas itu, sekali lagi
penonton diajak menyanyi....memang nenek
tungu-tunggu lagu ni... sayhdu sungguh...

Kemudian nasir menyampaikan lagu Langgam Pak Dogo secara
akustik dalam dialek Kelantan .

Sebaik persembahan sampai kemuncak, dia memilih Apokalips
sebagai lagu penutup pada persembahannya

Menariknya.. nasir turut mengajak penonton menyanyikan lagu
itu bersama sehingga persembahan penutup tirai.

Selain menyanyi , penghayatan mendalamnya dapat dilihat
apabila dia juga menari sambil mengajak penonton untuk
berhibur bersama.

Walau pun pada usia 51 tahun... dia membuktikan usia bukan
penghalang pada penghibur terkenal itu untuk mengadakan
konsert solo.






Walaupun persembahannya hanya berseorangan di atas
pentas tanpa penyanyi undangan, tetapi konsert ini tetap
berjaya pada hati peminatnya.. terutamanya hati nenek...

Ini lah dia kepuasan yang dijanjikan... dan nenek sendiri
merasa puas dengan seleksi lagu-lagu terbaik...

M.Nasir akhiri persembahan jam 11.30 malam... sungguh
menghiburkan.....



Bersama penari-penari gempal yang ashik sangat...






Gaya seorang sifu







Inilah tiket yang dijual untuk tontonan......







inilah kesayangan autograf yang nenek dapat... suka nya nenek...







bag pemberian dari M.Nasir siap ditandatangani.... ooohhh sukanya...




Salah seorang peminat setia M.Nasir yang datang jauh dari selatan
tanahair..


Inilah yang dapat nenek paparkan untuk seketika...
Walau pun ia tidak mencukupi ...namun nenek merasa begitu
mendalam dengan
persembahan yang cukup tersentuh..

Semuga dapatlah kiranya M.Nasir mengadakan persembahan
seperti ini di lain waktu....


Sampai berjumpa di lain pinggiran untuk cucuku sayang...



.

Saturday, February 28, 2009

AMARAN !!!

Salam dipagi sabtu yang ceria bersama cucuku tersayang...

Hari khamis... nenek baca kat dalam THE STAR.. sesuatu yang cukup menarik perhatian nenek...
tapi utusan .. ni dalam bahasa omputih... ha ... semua tahu baca kan...kalau tak tahu eja dulu baru baca....
...maklumlah zaman jajahan ... nenek pun kena belajo kat sekolah omputih...

....


A letter of appeal to all MALAYSIAN POLITICIANS.

DEAR MALAYSIAN POLITICIANS,

Please stop the power chase, call for a truce on the economy.

I do not claim to speak on behalf of all Malaysian, but i have strong convictions that many share my sentiments.
Our concern today is not who rules the country by the looming bad economy.

Whether Barisan Nasional or Pakatan leads.. it is meaningless if Malaysian have no job to go.. no money to pay rent and nor means to put food on the table.

I am a business owner.. and like other business owners and managers of coporation i have resposibility to ensure people under my care and payroll continue to have jobs and a decent income to take home.
We work hard and we wiling to go the extra mile to make sure our nation not only survives this crisis but comes out stronger and wiser.


We need your help.....


Let me explain... I am in the business of Training Development and Consultancy and have 20 people in my team.

Exmple.

Saedah is 42.
She keeeps the office and helps organise the training rooms.
She has four children and her husband in unemployed.
She was first hired on a part time basis, because she is very hard working and has a great attitude... we orrered her a ful time job to help provide income for her familu.
Even then,.. when her thirh child started school this year, it was a struggle for her to buy new school uniforms and other necessities.
saedah lives on a "kais bulan, makan bulan" basis so... if she is jobless... her tap runs dry...

Samsuri is 27 years old.
he lives with his sister and her family in a low cost government flat in Sunway.
He does our despatch... helps with various clerical work and occasionally acts as a driver.
During the first week at Zubedy... we learned that he not onl did not have money to buy clothes and shoes for work.. he had no money for lunch.
Like Saedah, if he has no jobs... his tap runs dry too.

Alicia in Client serving turns 26 this year.
She lives with her dad who 71 years old and retired.
Her mom passed away when she was little.
Alicia is a hard working team member.. has a gentle caring outlook and is fun to be with.
Last May her dad went through a major operation... thank God he has recovered well..
Alicia needs a job..both for herself and her dad.

Sudesh , 38 is one of our facilitators.
When his father passed away last year.. he moved back and lived with his mother in Seremban.
He shuttles between Kuala Lumpur and Seremban daily... leaving home sometimes as early as 4 in the morning and returning late night.
He is no stranger to hard work and sacrifice... he knows whatt he needs to do to survive and to care for his mother... but he too needs a job.

Like fellow Malaysians... every one of us in Zubedy needs employment, those that live form hand to month like Saedah and Samsuri adn others like Alicia and Sudesh with family to care for.
We Malaysians need the Malaysian economy to be strong.

We need you... our leader.. to work hard and to work togther to make our economy viable.

So, this is my plea...

Pakatan Rakyat, please stop your attemps to take over the federal government and persuade BN's lawmakers to join you.
Stop all legal proceedings, no more 916 and let go...just let go.

The nation can wait till the next general elections if they want change.
By doing so, Malaysian will see your party as caring, unselfish and gracious and give you their support in the next elections.

Barisan Nasional... please stop any attempts to take over Pakatan Rakyat states and win over PK's lawmakers.
you have proven your point with Perak.
The nation can wait for the next elections if they want your party.

Focus all your talent, energy and hard work in steering the country out of an economy downturn.
By doing so, Malaysians will see your party is caring, unselfish and smart and give your their support in the next elections.

BN and PR !!!!!

Call for a truce... Get togther and compromise.
Someone has to five in... or has hate consumed your heart till ti blinds you !!
You can do it..
Your have enough intelligent people between you.
I am sure you can find solutions.
Take the nation to heart.
That is why you are in politics in the firts place...


FOCUS ON THE PEOPLE....FOCUS ON THE ECONOMY..

PLEASE...

Sincerely

Anas Zubedy
Managing Director
Zubedy (M) Sdn Bhd
www.Zubedy.com


...lihat ni macamana pengaruh ekonomi kita terhadap rakyat..jika para pemimpin berdiam...sibuk berebut kuasa... lama2 kita tersepit ditengah2...

Oleh itu cucu ku sayang.... bagi yang berpolitik...teruskan perjuangan memulih kan keadaan ... jangan terlalai dengan gelombang tsunami rebutan kuasa yang entah bila akan berakhir...
Yang merana rakyat... macam nenek yang miskin ni...

Sampai bertanya kabar di lain wakktu.

.

Wednesday, February 25, 2009

SELOKA PANTUN..

Selamat sejahtera cucuku...

dah penat mengenang dan terkenang....nenek mengarang pantun suka2...


Elok rupanya pohon belimbing
tumbuh didekat limau tungga
elok berbincang orang sumbing
biar marah tertawa juga...

Kalau sulit merendam pekasam
rendamlah daun buah selasih
kalu kulit hitam legam
direndam setahun tak kan putih...

Kalau mulut tidak bergigi
usah lagi membeli petai
kalu kentut di muka kadhi
nikah tak jadi saksi-saksi terkulai...

Untuk apa membeli renda
untuk memperindah sulaman
untuk apa berbini janda
untuk menambahkan pengalaman...

Bagaiman mata tidakkan pening
Tupai meronda dipinang balam
bagaiman mata tidakkan juling
mengintai janda siang dan malam...


mmm cucu-cucu ku... sekadar mengukir senyum di bibir....
sampai jumpa lagi....



.

MASIH INGATKAH KEKASIH LAMA????

Salam untuk cucuku semua....

Dihari rabu yang mendung dengan hujan renyai-renyai.... sayu nenek menyenangkan ....
kenangan lalu....

Nenek tak nak cerita , tentang nenek... sebab panjang sangat dan maluuuu...
tapi nenek nak pesan pada semua ya...

Masih ingatkah kekasih lama setelah kita berkahwin dengan orang lain?
Ini soalan yang amt peribadi... hanya cucu sahaja yang tahu jawapannya.
Tetapi nenek percaya kenangan silam... tidak kira pahit atau manis, biasanya sukar untuk dilupakan.

Misalnya,
ketika di sekolah menengah dulu tersangkut hati dengan seorang mamat yang jadi ketua pengawas.
Usik-mengusik semasa di kantain atau gurau-gurau ... tiba-tiba jatuh cinta.
Manisnya cinta itu...
Lebih-lebih lagi ketika dapat duduk sebelah menyebelah di pusat tuisyen atau pergi minum ABC.
Atau dapt bersama satu pasukan ketika sukan disekolah.

Tapi , kiranya terlalu asyik cintan-cintun semasa sekolah,
ada juga yang dapat telur dalam keputusan SPM....

Nenek hairan kenapa dipanggil cinta monyet?
kenapa tidak.. cinta ayam..!... cinta buaya..! cinta seladang..!
Apa pun... cinta monyet biasanya tidak diambil kira sangat dan tidak menyinggung
perasaan bila dikenang semula ketika sudah kahwin.

Ada pun yang meninggalkan kesan mendalam lagi terkenang siang malam ialah
cinta pertama diluar dunia monyet.

Berbeza dengan cinta monyet yang sifatnya hanya hangat-hangat tahi ayam..
cinta pertama adalah sebenar......
Cinta pertama selalu dikaitkan dengan istilah yang hebat-hebat...
suci... kudus...syahdu... sedingin embun pagi,,... sepanas matahari..
Istilah rocknya hanya satu... "tangkap lentok".


Bermula dengan jelingan pertama.... mungkin di satu majlis hari jadi,,,
mungkin juga di konsert terbuka atau di stesen LRT.
rasa halus itu terjalin dengan sendiri,,,, sedikit demi sedikit...
Sekiranya dari spesies 'sempoi'... selain nama ditanya pula.. tarikh lahir..bintang apa..
warna kegemaran dan sebagainya.

Ada juga yang sewel hingga sanggup bertanya saiz coli dan warna seluar dalam !

Dari pertemuan pertama,
disusuli dengan pertemuan-pertemuan seterusnya.
Lebih kerap bersama... lebih mesara jadinya.
Menyusuri pantai Port Dickson sambil berpegangan tangan..
Makan burger sambil menikmati bayu laut.
Atau menyedut sirap bandung dengan satu straw.

Atau berpegangan tangan dan mengelus-ngelus jari-jemari ketika menonton teater.
Boleh jadi juga berpeluk pinggang ketika menaiki motosikal berkuasa tinggi
dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam..

Semua itu akhirnya melahirkan perasaan halus dijiwa.
Senyum... tawa ... juga sedu dan tangisannya... semua kedengaran indah...
Kalau boleh.. sekiranya tiada halangan adat dan agama... bagaikan hendak bersama
sidia sepanjang 24 jam...
Dan... di penghujung keashiykan itu pasti akan diluahkan juga kata-kata keramat itu..
"AKU CINTA PADAMU'....

Cinta pertama yang datang terus dari hati, biasanya tidak dinyatakan hanya setelah dua kali temu janji.
Sekiranya terlalu cepat menyatakan cinta, pasti itu bukan cinta suci..
sebaliknya hanya 'cinta kacang putih'
atau ' cinta tom yam'...

Tidak kira lelaki atau wasnita, cinta pertama amat sukar untuk dinyatakan.
Susah untuk diucapkan.
Tetapi... sekali ia di lafazkan... bagaikan telah termateri sebuah ikattan halus.
Bagaikan.. ada perjanjian bahawa 'kau milikku' dan 'aku milikmu'.

Ketika itu engkau adalah segala-segalanya.
Engkaulah mentari, bulan , bintang, gunung intan.
Engkaulah komputer, telefon bimbit, PDA...
Malah engkaulah juga sate, tose ,karipap!

Cinta pertama memang penuh dengan 1001 keindahan.
Tiba-tiba cinta itu tidak sampai ke penghujung.
Cinta suci, kudus, lagi fulus itu tidak sampai ke jinjang pelamin.

Tidak singgah di ranjang pengatin.
tidak kira apa penyebab terputusnya cinta pertama itu.
Mungkin si dia berpaling tadah setelah mendapat gading yang lebih bertuah...

Mungkin juga di mamt mati dalam lumba haram..
Boleh jadi juga di hilang dalam tsunami atau 'taufan durian'
Malah biasa juga cinta kudus yang dipupuk dan dibaja sejak sekian lama...
tiba-tiba terhalang oleh orang tua...
Pemuda hanya ada emas sebesar saga... sedangkan keluarga perempuan mahukan emas
sebesar Proton saga...

Apa pun yang menyebabkan cinta itu putus... ia pasti meninggalkan kesa yang mendalam.
Kenangan daripada jelingan pertama di setesen LRT hingga lentok kepada ketika menonton teater, amat sukar untuk dilupakan.

Masakan keindahan menyedut sirup bandung dengan satu straw atau menhidup ABC itu dapat dilupakan begitu saja.
Meski cu ba dinyahkan ... ada saat dan ketikanya nostalgia silam itu mengisi perasaan...

Maka... bagaiman agaknya cucu semua menghadapai kenangan cinta pertama yang bekecai itu
ketika cucu bersanding di pelamin dengan orang lain???........

Bagaiman cinta sakan dengan tose atau karipap tiba-tiba... "Aku terima nikahnya dengan..."
apam balik?
Dimana gunung intan dan di mana bulan bintang?
Memang sukar untuk dilupakan.
Tapi...........
Sekali cucu telah berkahwin.. belajarlah untuk melupakan semua kenangan manis masa lalu...


Betapa pun wajah si dia dulu menjelma dan membisikkan sesuatu di telinga... setialah pada yang ada sekarang...
Bahawa cucu sekarang telah menjadi isteri atau suami yang SAH.

Yang dulu-dulu biarkan dalam lipatan sejara.
Mungkin sesekali teringat... tapi jangan cuba di selak lipatan sejarah itu.

Petua yang baik setelah menjadi suami isteri...
tidak kira berdasarkan cinta atau tidak... ialah dengan masing-masing melupakan
kisah-kisah lampau...
Percayalah ... esok masih ada dan perlu diteroka bersama orang baru.
Cinta itu pasti akan datang sedikit demi sedikit.
Sebagai kesimpulan ..
lupakanlah karipap dulu...
Peluklah apam balik dengan penuh kudus dan syahdu...


Sampai juga lagi di pinggiran waktu... salam untuk cucu-cucu tersayang...


.

Sunday, February 22, 2009

BUAT MATA YANG SEDANG MENANGIS....

.. Salam cucu ku tersayang.....


Duhai mata yang sedang menangis


Mungkin tika ini kau sedang bahagia,
mungkin juga kau sedang berduka.
Apa pun situasi mu, air yang mengenangi kelopakmu dan mengalir ke pipi
ialah anugerah Allah SWT yang tak terhingga.
Ia mampu membuang rancun ditubuh mu
kemudian disusuli ketenangan jiwa.
Bersyukurlah pada Nya
kerna hingga saat ni kau masih mampu menangis...

Aduh !!!!

Sungguh hairan ku melihat orang yang merasakan tangisan itu satu
kelemahan.
Malah menganggapnya satu lambang ketidakmatangan.
Sedangkan Allah SWT merakam mulia sebuah tangisan
dalam firman Nya : " Dan mereka menyungkur (sujud) diatas muka mereka
sambil menangis dan mereka bertambah khusuk". (Surah al-Isra": 109).

"Apabila dibacaakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyukur dengan bersyukur dan menangis "(Surah maryam:58).


Duhai Mata Yang Menangis ....

Tahukah dikau,
jika dikaji dari perspektif sains,
tangisan mu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna
dalam merawat penyakit berbahaya.
Takala dirimu dalam ketakutan,
unsur-unsur berbahaya dijana oleh tubuh.

Air mata secara semulajdi boleh membuangnya.
Otak pula bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia
daripada air mata.
Bukan itu saja,
tangisan menambah jumlah degupan jantung
sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu
dan urat-urat dada.
SEtelah tangisanmu reda,
kembalikan degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula mengusai jiwa.
Subhanallah, hebat sungguh penciptaan air mata !!!!


Duhai mata yang menangis....


Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan.
Sama ada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tanggisan.
Ia menjernihkan kornea dan menanjamkan penglihatan,
I meringankan ketegangan jiwa.
Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.

jika kau lelaki,
kenapa perlu malu pada tangisan?
Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan
dalam mengendalikan kemampuan.
Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam.
Apa pun, tak siapa dapat menafikan kau juga insan yang punyai hati dan perasaan.

Isihati mu kadang kala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit.
Usah menipu diri berlagak kuat degan mmenafikan
air mata kerna kelak badamu mendapat darurat....


Jika kau wanita...
kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki.
Tahukah dikau, penyayang Nya Allah SWT padamu hingga Dia menciptakan
kalenjar-kalenjar air matamu lebih besar daripada kalenjar-kalenjar
air mata lelaki.
Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali
lebih banyak daripada lelaki....

Ia antara penyebab panjangnya usia mu berbanding lelaki.
Masakan tidak, air matamu, keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh.
Doktor pakar mata berkata,
air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar urat sarat perasaan
dan emosi yang tidak stabil...


Duhai mata yang sedang menangis....


Sungguh bertuah kau masih mampu manangis.
Usah ditahan tangisan itu.
Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu.
Benar.....
tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu....
jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu.
Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarang mu untuk
melonjakkan amal dan perubahaan untuk hari esok.


Sesungguhnya tangisan kerana Allah SWT ketika gembira atau derita ialah
ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup.
Dengarlah pesanan Rasulullah SAW dalam menyampaikan kalam yang Esa,

"Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut
kepada Allah" (Riwayat Ahmad dan al=Nasa'i).


Pesan nenek... dalami lah kiasan dan rungkaikan dengan jiwa yang tenang...
JUmpa lagi...


.

KENALKAN ALLAH KEPADA HATINYA......

Salam cucuku di hari Ahad yang ceria....

Kata pepatah
Melentur aur biar dari rebungnya.
kerana bila sudah menjadi buluh
diurut payah dilurut patah
mendidik biar sewaktu kecil
.... bagai mengukir di atas batu
mendidik ketika dewasa..
.... bagai melukis di atas pasir.

Tapi bagaiman kiranya
jika diperingkat rebung lagi
aur sudah sekah
sudah reput daan sudah rekah
rosak sudah di pangkal
punah sampai ke hujung
keruh sudah di hulu
kelodak sampai ke hilir
di awal alpa bismillah
di akhir tanpa alhamdulillah.

Jenayah di peringkat sekolah
masalah lama gteru terselah
barah yang sudah lama membengkak
kini meletus mengeluarkan nanah
kata sesetengah pihak - ini masalah 'kecik"
tak sampai ke tahap kronik
peratusnya tak sampai satu
tak perlu diheboh-hebohkan dulu
katasesetengah pula - ini masalah negara
tunas generasi sudah tercalar
kanak-kanak lagi sudah tercemar
apakah jadi bila remaja?
aptah lagi nanti dewasa?

Mari kita takafur sebentar
menganalisis produk dari kilangnya
melihat kuih dari acuannya
menghitung nasi berserta kuahnya.
menilai rintik si anak dari borek bapanya.

Mari kita susur ke akar
mencari jati diri pada hakikat
mentafsir asal mula pada yagn tersirat
justru jenayah atau apa saja
ialah buah, ialah natijah,
asal-muasal daripada
mukadimah yang salah!

Awal bermula dipertemuan ibu bapa
perkenalan dan cina jangan dicemari dosa
pertunangan dan pernikahan
disusun penuh syariat
nikah yang berkat bersendikan hukum Allah
ketika hendak "bersama"

Dimulakan dengan doa....
agar anak yang bakal dikurniakan
selamat daripada gangguan syaitan...

Dirahim ibu benih anak disimoan
dibajai dan disuburkan dalam belaian al-Quran
surah Luqman, Yusuf dan Maryam
....agar degup jantung pernafasan
dalam selubung kebaikan
dalam lindung keredaan.

Lahirnya dilarungkan seruan azan
iqamat, taknik, akikah lalu dinamakan
Muhammad..... sempena insan teladan
Adam, Isa, IIlyas, Yusuf....
berkat nabi dan rasul pilihan
dikalangan para pejuang
dan penegak kebenaran
dikalanan para sahabat dan saddiqin
para syuhada dan solehin....

Dididik putera-puteri mengenal Allah
diteraskan al-Quran, berasaskan al-Sunah
diajar beradab dan beribadah
menerusi sejarah hidup Rasullah
biar program awal bersih putih
akar tunjangnya teguh kukuh
jiwa, akal, emosinya gagah
bersendikan - Awwaluddin Makrifatullah
Awal agama mengenal Allah)

Ajarkan dia menghitung dosa
disamping belajar menghitung angka
Asuhlah dia membaca
dengan roh "iqra" daripada Yang Esa
Ketika sudah pandai menulis
dia seharusnya telah sedar
akan tipuan iblis.

Ajar dia mengenal yagn dicipta
berasaskan iman kepada Pencipta
ketika berinteraksi sesama insan
jangan lupa komunikasi kepada Tuhan
ketika meneguk nikmat
ingat Pemberi Nikmat
jangan asyik mengkaji tumbuhan dan haiwan
hingga lupa mengenal Tuhan.....

Kenalkan Allah kepada hatinya,
nescaya kenallah dia kepada ibubapanya,
masyarakat dan negara.

tetapi kalu lupa
pada DIA...
dia akan lupa segala
juga pada dirinya !

Berhenti sejenak di satu destinasi
istirehat sejenak mengatur koeksi
kita tidak boleh lagi terus=terussan begni
menghasilkan penghuni Pusat Serenti
menghasilkan manusia bohjan bohsia
masalah dadah dan juvana.

Ini buka lagi soal pendekatan
tapi soal prinsip dan keyakinan
jangan persoalkan kecil besar
banyak atau sikit
Ini bukan soal statistik atau data
bukan soal diskusi, forum dan seminar
tetapi soal manusia
ya...
siapa menyemai gelombang
dia akan menuai badai
bila rebung-rebung menjadi rentung
kita perlu kembali ke benih

Betulkan mukadimah.....
indahlah natijah...


Sampai berjumpa di pinggiran waktu....cucuku sayang..



.

Wednesday, February 18, 2009

JAGALAH HATI

SALAM untuk semua cucuku...

Rasulullah SAW telah menegaskan bahaswa dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut.
Sebaliknya jika jahat daging itu, maka jahat pulalah orang tersebut.
DAGING ITU IALAH HATI.

Itulah peranan utama hati.
Ia umpama raja didalam kerajaan diri manusia.
Jika raja baik, rakyat akan baik.
Maka begitulah bial hati baik, secara automatik tangan, kaki, mulut, hidung dan lain-lain pancaindera akan melahirkan kebaikan.
Al-Quran memberikan informasi yang sangat banyak tentang hati ini.
Tidak kurang dalam al-Quran.

Maka, usaha untuk melahirkan diri, keluarga, masyarakat, negara bahkan dunia yang lebih baik mestilah dimulakan dengan membersihkan hati manusia.


REVOLUSI HATI

Kejayaan Rasulullah SAW mengubah masyarakat jahiliah adalah kerana Baginda berjaya mengubah hati manusia.
Inilah yang dikatakan oleh Profesor Dr. Hamka, "Nabi Muhammad berjaya melakukan satu revolusi jiwa yang hebat dalam sejarah manusia ."

Rasulullah SAW berjaya mengubah sikap manusia kerna Baginda berjaya melakukan revolusi hati.

Iman dihati ialah kunci utama kearah perubahan sikat.
Ia secara automatik akan mengubah manusia secara bertahap-tahap.
Transfomasi, reformasi, evolusi atau apa saja istilah yang dikaitkan dengan perubahan, mesti berlandaskan soal hati.

Apabila soal hati ditangani dengan iman, ia memberi satu kekuatan yang luar biasa dalam diri manusia yang biasaa.
Tauhid ialah sumber kekuatan untuk melakukan perubahaan kerna ia mengungkai semua halangan dan godaan luaran yagn mengganggu usaha ke arah perubahaan.

Soal hati, bukan hanya penting pada peringkat awal perubahaan tetapi ia perlu terus dijaga sepanjang usaha manusia untuk menjadi individu yang baik dan mampu memberi kebaikan.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan bahawa setiap amalan bergantung kepada niat.
Sabda Rasulullah SAW: " Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat ."(Riawayat Muslim).

Maknanya, jika niat baik, maka amalan pun akan baik.
Sebaliknya jika niat jahat, amalan yang baik sekalipun akan bertukar menjadi jahat.

Bagaimana natijah atau kesan sesuatu amalan sering bergantung pada mukadimahnya.
Jika mukadimah amalan itu ialah niat yang baik, maka amalan itu akan memberi kesan yang baik.

KUALITI HATI = KUALITI AMALAN

Kualiti amalan bergantung pada kualiti hati pelakunya.
Setiap kali kita melakukan satu perbuatan, maka hati akan menentukan itu amalan baik atau sebaliknya.

Berderma misalnya,.. ialah amalan yang baik tetapi sekiranya dilakukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk, ia bertukar menjadi riyak dan hukumnya berdosa....

Begitu juga solat.
Pada zahirnya ia memang amalan yang mulia.
Namun sekiranya nya hati orang yang melakukan solat kerana ingin "membesarkan" dirinya bukan membesarkan Ilahi, maka solat itu bukan lagi amalan yang mulia.

Maka berhati-hatilah menjaga hati kerana amalan yang sebesar gunung sekalipun tidak akan bernilai walau sedebu pun, sekiranya diamalkan tanpa ikhlas...

Rasulullah SAW bersabda :" Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta kamu tetapi melihat kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu." (Riwayat Muslim).

Jangan sampai terassa bagimu kebesaran sesuatu dosa, itu hingga merintangimu daripada bersangka baik kepada Allah SWT, sebab barang siapa yang benar-benar mengenal Allah SWT akan merasa kecil dosanya apabila dibandingkan dengan keluasan rahmat Nya.

HATI UMPAMA MAGNET

Semua amal ibadah adalah untuk membersihkan hati.
Manakala dosa mengotori hati.
Hakikatnya, hidup ialah satu perjalanan menuju Tuhan untuk mempersembahkan hati yang bersih kepada Nya.

Keuntungan atau kerugian hidup manusia ditentukan oleh usaha yang membawa keberihan hati atau sebaliknya.
Firman Allah :" Dan beruntunglah orang yang membersihkan dn merugilah orang mengotorinya ." (surah al-Syams 91:9-10).


Hati yang bersih penuh keimana, ketakwaan dan sifat-sifat mahmudah.
Hati ni mempunyai kuasa yang cukup hebat dan luar biasa.
Hati umpama magnet.
Ia mempunyai kuasa "menarik" sesuatu yang diluar diri kita.
Apa yang bersemi dihati, menentukan apa yang diterima sebagai pantulannya.
hati yang baik didalam diri menarik kebaikan dari luar diri.

Untuk mendapat kebaikan, Islam mendidik kita agar memulakan sesuatu interaksi dan komunikasi sesama manusia dengan kebaikan, bermula dengan bersangka baik, memberikan senyuman dan memberi salam.

Hati juga umpama kebun, semaikanlah "benih" rasa yang baik-baik , psti kita kan menuai "buah" kebaikan.
Jangan sekali-kali menyemai angin, nanti kita terpaksa menuai badai.!


Nasihat nenek pada cucu.... jagai hati mu semua ya cu...
baca dan tanam kan dalam sanubari.


Sampai jumpa lagi cucu-cucu ku.


.


Monday, February 16, 2009

KEBAHAGIAAN SEJATI...BUKAN MUSTAHIL DINIKMATI

Salam untuk semua cucu ku....

Sesungguhnya kebahagiaan itu tidak perlu kita cari.
Kita hanya perlu menanamkan kesedaran dan menikmati apapun yang sedang kita lakukan.
Dengan demikian, kita akan menemukan kebahagiaan itu saat ini juga.

Apa yang dilakukan hanya kerna Allah dan fokuskan fikiran pada apa yagn dikerjakan.

Apa yagn terjadi adalah satu anugerah dan jangan biarkan diri hanyut dan kesenangan mahupun kesedihan.
Jauhkan juga diri daripada angan-angan yang diluar realiti.

Ini tidak bermakna kita tidak boleh bermimpi atau berangan-angan untuk masa depan kita.
jika kita mempunyai rancangan untuk masa depan, bayangkan dalam beberapa saat, kemudian tulislah tujuan kita tersebut dan tulis juga langkah-langkah yang harus kita ambil sebagai usaha mencapai tujuan yang selalu kita angan-angankan.

Kemudian lakukan tindakan yang sesuai dengan apa yang telah kita tulis tersebut agar kita tidak hanyut dalam angan-angan yang tidak rasional.
Setelah kita menjalankan langkah demi langkah yang telah ditulis, dan sebagian dari langkah yang telah kita tulis tersebut sudah tercapai, barulah kita bayangkan kembali cita-cita kita ke arah yang lebih tinggi.

Dengan membayangkan cita-cita yang kita tuju sambil membuat rancangan dan usahakan , maka cita-cita itu lebih mudah untuk dicapai dan kita tidak akan merasa kecewa setelah kita selesai berangan-angan dan kembali ke realiti hidup.

Galilah kebahagiaan yagn tersimpan dalam diri kita dengan selalu bersyukur atas segala kejadian yang menimpa diri kita.

Jangan membading-bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain.

Jika baru saja mengalami perkara buruk dalam hidup kita, jangan berputus asa.
Bersyukur kerana kita masih hidup dan punya kesempatan untuk memberbaiki.

Orang yang gagal dalam hidupnya adalah orang yang sudah tidak memiliki kesempatan mahu memperbaiki kegagalannya.


KEBAHAGIAAN ADALAH KESEDERHANAAN

Sewaktu kecil mungkin kita pernah bercita-cita menjadi orang yang berjaya lagi kaya.
Khaayalan ini membuat kita telah melupakan hal yang sederhana yang sesungguhnya banyak mengandungi kebahagiaan.

Ada orang yang merasa bahagia bila mereka berjaya sama ada dalam pelajaran mahu pun kerjaya.
Manusia jenis ni tidak terlalu menilai kejayaan melalui kebendaan tetapi lebih menumpu untuk meraih keberhasilan (achievements) dalam segala bidang yagn ditekuninya.

Disamping itu ada juga manusia yang merasa bahagia jika ia dapat bersama dengan seorang yangdicintai atau dengan kata lain telah menemukan cinta sejatinya dan membentuk keluarga yang bahagia.
Selain ketiga jenis manusia tadi masih ada lagi yang lain dengan definasi berbeza tentang kebahagiaan dan kejayaan.

MENGAPA KEBAHAGIAAN SUKAR DIMILIKI??

1. Hidup dalam kekurangan.

2. Belum menemukan pasangan hidup yang tepat.

3. Tidak ada keharmonian dalam keluarga.

4. Tidak pernah puas dengan apa yang telah diperolehi atau dimiliki.



Oleh itu...


jika kita berusaha dalam malas, mana mungkin kebahagiaan tersebut akan tercapai.
Tapi jika kita berusaha dengan gigih dan sungguh-sungguh nescaya kebahagiaan itu akan dapat diraih..


Renung-renungkan wahai cucu ku....


.

Sunday, February 15, 2009

PANTUN WARISAN NENEK

Hari Ahad yang ceria...nenek nak berpantun .......

banyaklah haji perkara haji
Haji berkunjung ke Baitullah
Banyaklah puji perkara puji
Pujian agung kepada Allah.

Banyklah lebah perkara lebah
Lebah meniti kepaeda galah
Banyklah sembah perkara sembah
Sembah sujud kepada Allah


..... jgn risau ya cu.... byklah amalan kalian...pasti adan dapat ganjaran nya...


Pantun ni untuk orang2 yang berkasih tapi biarlah berbatas...

Ulam bukan sebarang ulam
Ulam dibawa anak penggalas
Demam bukan ssebarang demam
Demam cinta tidak berbalas.

Tabunglah gendang bunyi bertalu
Orang bersorak gegap gempita
Sungguh malang nasib diriku
Cinta di tolak harapan hampa

Buah perindu di Bukit Siguntang
Sejak dahulu berhujan panas
Tubuh ku layun sakit telentang
Karena cintaku tiada berbalas.

Buah durian berduri-duri
Bila masak tentulah gugur
Sudah berbulan ku nanti-nanti
Adik mengelak hatiku hancur.

....haaaaaaa mcamana ? seronok kan baca pantun-pantun warisan kita.
hingga kita berjumpa lagi,... akan nenek sampai kan pantun untuk kita kongsi bsama.

Salam untuk semua.


.

Friday, February 13, 2009

USAH UNGKIT KEBAIKAN DIBUAT....

Salam untuk semua...

Ada banyak perkara yang kita tidak boleh lupa.
Kita tidak lupa ibu bapa.

Kita ingat harta benda dan antara yang kita tidak lupa ialah kebaikan
yang pernah kita lakukan.

Malah , sesetengah daripada kita apabila berjumpa orang yang pernah kita
berjasa, teringat jasa kita.

Kalau itu yang kita teringat, kita akan sentisa banyak mengungkit dan mungkin nanti
akan ada banyak halangan dalam berhubung sesama manusia.

Dalam pertemuan kali ini, mari kita mendengar pesanan dan nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya.

Pesannya : "Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang.
Dan hendklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingtlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang."

Mari kita perhalusi pesanan Luqman diatass :

1. Mengingati segala kebaikan yang dilakukan orang lain kepada kita .
Apabila kita ingat kebaikan orang, kita akan berasa kekurangan kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain dan kira akan berusaha melakukan kebaikan.

2. Mengingati segala kejahatan yang kita lakukan.
Ini supaya kita tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kita terhadap orang lain.

3. Lupakan kebaikan yang pernah kita lakukan.
Apa-apa kebaikan yang pernah kita lakukan hendaklah kita lupakan, kerna Allah saja yang dampat menilai apa yagn kita buat.

Ditakuti nanti, apabila kita sentiasa ingat kebaikan yang kita lakukan, menyebabkan syaitan akan memaut hati kita dan membisikkan supaya mengungkit kebaikan yang pernah dilakukan.

Orang yang mengungkit kebaikan yang dilakukan menyebabkan amalan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak bernilai di sisi Allah.

Sabda Rasullah saw bermaksud : " Orang yang mengungkita kebaikannya sama seperti daun kering yang dijilat api."

Betapa ruginya amalan perbuatan terbabit. Habis begitu sahaja hanya dengan sekali ungkitan.

4. Lupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita.
Sebagai manusia, memanglah susah untuk kita melupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita.

Bagaimanpun, agama kita menuntut supaya melupakan kejahatan mereka.
Kita perlu melawan supaya kita boleh lupakan kejahatan orang lain.

Apabila kita melupakan kejahatan dan kesalahan orang lain, kita dapat membantu dan menolong mereka dengan melakukan kebaikan.

Sabda RAsullah saw bermaksud .: "Orang yang baik ialah orang yang berbuat baik kepada orang membuat baik kepadanya dan membuat baik kepada orang yang membuat jahat terhadapnya.

Lupakan kejahatan orang terhadap kita.
Tiada guna mengingati kejahatan dan kesalahn orang kerna ia boleh merosakkan akal serta kebahagiaan hidup kita, malah menjadikan hidup kita tidak ceria.


Marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri dalam segala tindakan tanpa mengingati dan mengungkit kebaikan yang dilakukan supaya mendapat keredaan Allah serta kebahagiaan dunia mahupun akhirat.

Renung-renungkan lah wahai cucu-cucuku...

Sampai ketemu kembali.



.

Tuesday, February 10, 2009

CINTA

Cinta dan memiliki itu suatu yagn berbeza.
Jangan silap tentang hakikat itu.
Ramai pasangan suami isteri 'terkorban' cintanya kerana gagal membezakan antara mencintai dengan 'memiliki'.

Bila kita mencintai seseorang, kita berfikir tentang dirinya, bukan diri kita.
Kepentingan sendiri tidak dihiraukan, bahagia kekasih itulah yang diutamakan.
Ungkapan ini menggambarkan cinta yang sejati.
Sebaliknya, jika kepentingan sendiri lebih diutamakan, perasaan, jiwa dan rasa kekasih dibiarkan,
maka itu bukan CINTA.
Itu memperalatkan cinta namanya.

Mencintai itu membebaskan,
manakala memiliki itu cenderung kepada mengikat, membelenggu dan mengawal.
Berapa ramai isteri yang "mengawal" suaminya atas nama cinta?
Sehingga suami hilang kebebasan dan kemerdekaan dalam hidup seharian.

"Bila nak balik?"
"Kenapa lambat?"
"Kalau abang tak balik lagi, saya akan ...."
Bolehkah itu dikatakan 'ayat-ayat ' cinta?
Maaf, pertanyaan seperti itu lebih mirip kata-kata seorang majikan kepada pekerja, bukan antara isteri dengan suami tercinta.

Suami pula apa kurangnya.
Segala gerak-geri isteri dipantau penuh curiga.
Setapak isteri melankah, menggelegak cemburu di dada.
Prasangkanya sudah ke tahap merimaskan sang isteri.
Salah sedikit, marah.
Terlanjur sekejap, ugutan.
Bila ditanya, mengapa?
Si suami tidak malu mengaku, "kerana saya terlalu cintanya!".
Padahal, jika diamati dan diteliti, itu semua kerana cintakan diri sendiri.

Kasihan, siisteri menjadi sandera cinta.
Dikepung oleh penjara rumahtangganya, dicemeti oleh kata-kata suaminya.
Ah, ada benarnya kata bijak-pandai.... kekadang perkahwinan itu menjadi pusara percintaan!!.

"Queen control " atau
"King control" adalah produk cinta yang palsu.
Cinta yang diselaputi kepentingan diri.
Kulitnya cinta tetapi isny keegoan diri.
Seperti seorang pemilik burung terkukur
....diberi makan, diberi minum, dibersihkan dan dimandikan, dilatih berlagu...
...tetapi dikurung dalam ssangkar.

"Ini burung kesayangku," akuinya di hadapan tetamu.
"Suaranya sungguh merdu." pujinya tidak henti-henti.

Sekalipun tekukur dikurung dalm sangkar emas.
Sangkar tetap untuk mengurung, sekalipun sangkar emas.
Kilauan sangkar emas, suara berlagu merdu, bukanlah kebahagiaan tekukur yang terkurung tetapi buat tuannya yang mengurung.

PUISI KEIMANAN

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT,
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.

Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.

Apabila jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.

Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWASSSS

Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
Kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat,

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat,
Apabila tempat maksiat tumbuh macam kulat,

KETIKA itu manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiah, ada yang jadi lalat dan ada jadi ulat.

Apabila manusai danjadi ulat, sembahyang makin hari makin liat,
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orrang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.

Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak muda pakai seluar ketat.

Semua nak tunjuk kuat
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.

Tapi hidup pula yang melarat,
Tali kasut dah tak berikat

Rambut punjarang sikat
Yang perempuan, pakai mini sekerat

Suka pakai baju ketat
Suka sangat menunjukkan pusat

Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat
Pakai pulak yang singkat-singkat

Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat
Duduk jauh berkirim surat

Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat

Masa itu, nafas naik sampai tersekat-sekat
Usah peduli agama dan adat

Usah takut Allah dan malaikat
Yang penting apa kita nak buat?

Kita bukti lah kita buat
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat

Apabila perut kempis dah jadi bulat maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat

Bila anak-anak tak cukup sifat... jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat

MAKNANYA KETIKA ITU IBLIS MULA MELOMPAT.

Dia kata apa?..Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat

Inilah dia fenomena masyarakat
Oleh itu wahai saudara ku dan para sahabat

Marilah kita pakai mengingat
bahawa dunia hari ini makin singkat

Esok atau lusa mungkin kiamat
Sampai masa kita semua akan berangkat

Berangkat menuju ke negeri akhirat
Disana kita akan ditanya apa yang kita buat

Masa itu sendiri mau ingat
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?

Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?

Harta benda anta, dari mana anta dapat...?

Ilmu anta adakah anta manafaat...?

Cucu-cucu sekelian ingatlah dan kembalilah kepangkal jalan jauhi maksiat dan banyakkan lah ibadatmu...

Sampai bjumpa lagiii

.

HENTI SAMBUT HARI VALENTINE

Dgr ni nenek nak pesan...

Tarikh 14 Feb merupakan hari yang dianggap kermat oleh pasanga yang sedang berkasih.
Hari yang dipanggil Valentine's Day di anggap sebagai satu masa untuk mengistiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masin2.

Maka pada hari itu pasangan harus memakai pakaian yang indah, dan bertukar hadiah berupa bunga ros

Pasangan ini juga akan bercanda di merata tempat sehingga lah terjadi adegan2 maksiat yang bertentangan degan syarak demi untuk membuktikan kasih sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Dan saban tahun juga lah para ulama mengingatkan kepada umat ISLAM agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi.

HARI VALENTINE TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN UMAT ISLAM!!!!


Sebagaiman yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat islam hari kebesaran bagi umat islam yang mana disyaritkan bagi kita menyambutnya hanyalah HARI RAYA AIDILFITRI dan AIDILADHA.

Ini sebagaiman yang firman Allah AWT:
Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli2 syariat yang lain membantahmy dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada diatas jalan yang lurus, (al-hajj:67)

Anas bin Malik r.a berkata Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya.
Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:"Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri". (riwayat al-Nasaai, no 959).

Oleh itu hendaklah umat islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul Nya khusu untuk umat Islam.
Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kuru terbaik bagi umat islam, pelbagai hari perayaan elah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam.
Malah ia berasal dari budaya sserta agama golongan yangn ingkar kepada perintah Allah SWT seeperti sambutan Tahunn Baru masihi, Hari Haloween dan juga Hari Valentine yang ssedang kita bincangkan ini.

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-'Utasaimin berkata: :maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir.
Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar".

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman Nya " Orang-orang yahudi dan nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah )kepada mereka): "Sesungguhnya petunkuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah:120)