Wednesday, July 4, 2012

Malam Nisfu Syaaban

Nisfu bererti pertengahan. Nisfu Sya'ban bererti pertengahan bulan Sya'ban, iaitu 15 Sya'ban.

Nabi bersabda, "Allah swt melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy'aban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)

Kita dianjurkan agar banyak beribadah, berdoa, bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah swt pada malam Nisfu Sya'ban.






Friday, June 15, 2012

DOSA.....

Kekadang...
Wajah sebenar kita terpendam...
Disebalik topeng-topeng yang kita pakai..
Kata-kata, rupa dan pakaian kerap kali
menyelubungi jati diri kita yang sebenar..
Namun..
Allah bijaksana menguji manusia...
Diuji dengan harta...
Terserlah siapa kita.
Dipuji dengan nama..
Terhambur segala yang tersembunyi didalam
jiwa..
Benarlah kata org tua..
Semakin tinggi pokok kita panjat..
Semakin kuat pula angin yg menggoyang..
Disamping ALLAH tahu siapa kita sebenar
Diri kita sendiri juga tahu siapa kita..
Kita tidak dapat membohongi diri sendiri
Lebih-lebih lagi kita tidak dapat membohongi
ALLAH
Justeru siapa benar ,siapa salah..
Pasti jelas dlm mahkamah hati kita sendiri..
Oleh itu Rasulullah saw pernah ditanya..
" Apakah dosa itu? "
Baginda menjawab..
" Dosa itu sesuatu yang resah dalam dirimu ".

Apa ada untuk esok





Aku tersesat dalam kelalaian, sedang kematian bergerak kearahku, 
semakin lama semakin mendekat.
 Jika aku tidak mari hari ini, aku pasti mati esok.

Aku manjakan tubuhku dengan pakaian-pakaian halus dan mewah, 
sedikit berpikir bahwa itu akan membusuk dan hancur dalam kubur. 
(via Muzakir Abdul Manaf)


Photo: Aku tersesat dalam kelalaian, sedang kematian bergerak kearahku, semakin lama semakin mendekat. Jika aku tidak mari hari ini, aku pasti mati esok.

Aku manjakan tubuhku dengan pakaian-pakaian halus dan mewah, sedikit berpikir bahwa itu akan membusuk dan hancur dalam kubur. (via Muzakir Abdul Manaf)

Monday, June 11, 2012

Wanita oh wanita


Di Mana Harga Seorang Wanita


  • 0digg
  • 11.8K
     
    Share
Hingga kini dunia islam bagai hilang punca, tertanya-tanya apakah jalan keluar sebenarnya bagi krisis kemanusiaan seperti pembunuhan, rompakan dan rogol? Mengapa masalah itu timbul? Jawabnya tidak lain adalah kerana insannya tidak dibangunkan. Selama ini yang dititik beratkan hanya pembangunan fizikal dan material.
Akhirnya materialnya maju tetapi manusia hidup kalau tidak seperti haiwan, tak ubahnya seperti syaitan!

Ittaqullah! Takutlah kamu kepada Allah! Di antara tanda-tanda Hari Kiamat semakin hampir adalah kebanyakan wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang! Seperti yang diriwayatkan dari Abu Hurairah RA : “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
Terjadinya huru-hara dan peperangan yang semakin parah di dunia hari ini adalah bersumber dari jiwa manusia yang tidak didorong, dipandu dan disuburkan untuk cinta dan takut pada Allah. Hati dan jiwa yang jahat telah mencetuskan kekacauan yang berterusan. Walau ilmu tinggi melangit, pengalaman berpuluh tahun, namun selama hati jahat, selama itulah manusia tidak akan dapat mendamaikan dunia ini.
Mengapa manusia seolah-olah kembali kepada peradaban penghambaan? Menjadi hamba kepada nafsu dan syaitan? Dalam sabda Nabi SAW:
“Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu, yang berada diantara dua lambung engkau”.(Riwayat Al Baihaqi)
SYAITAN YANG KREATIF DAN KRITISSyaitan memiliki pelbagai cara strategi dalam menggoda manusia, dan yang sering dieksploitasi sebaik-baiknya oleh mereka adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan. Syaitan tahu kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
Mengapa muslimah (wanita islam) menjadi sasaran utama syaitan?
Mungkin kita sering dengar di majlis-majlis agama, di surau-surau, di masjid, di dewan, para ustaz, mubaligh, guru dan pensyarah kerap menyatakan ungkapan ini, bahawa “kaum Lelaki mempunyai hanya 1 Nafsu tetapi mempunyai 7 Akal. Manakala kaum kanita memiliki 7 Nafsu dan hanya 1 Akal”. Mungkin ada riwayat yang menyatakan hal ini tetapi pasti ianya hanya bersifat mendidik manusia.
Jadi, kita bertanya bagaimana dan apakah strategi syaitan menggoda muslimah?
Berikut adalah cara bertahap :
I. Menghilangkan Definisi HijabDalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian, gaya hiasan atau fesyen ikutan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian mengikut peredaran zaman.
Berbeza pula jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar’i (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen). Biarpun hidup bila dan di mana saja, maka hijab syar’i tetap dipertahankan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, syaitan tetap tidak putus asa. Syaitan akan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Caranya?
Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik,” Tu.. tidak apa-apa kan?
Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. “Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu.” Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf “V” yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya. Lelaki pula tidak kisah boleh melihat dan mengagak bentuk dan saiz dada muslimah mengikut kesukaannya.
Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, “cool”, jom cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ye?” Si wanita berfikir. “Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang. Bentuk badan kamu ramping dan kurus, kamu mesti serlahkan kecantikan agar lelaki tertawan denganmu,” syaitan memberi idea baru.
Maka tergodalah si wanita, dicarilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. “Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin,” begitu dia menokok-nambah. Maka, pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya ikutan di kalangan wanita muslimah, semakin hari semakin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru seperti “cool” dan “vogue”, dibisiki wanita itu, “Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, bukankah sebaiknya dibelah hingga lutut atau mendekati paha?” Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energetik.” Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata lebih selesa, terutamanya ketika duduk atau naik kenderaan. “Yah…. tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting selesa dan simple,” katanya.
Inilah tahap-tahap awal syaitan merosak kaum wanita, sehingga ke tahap ini pakaian masih tetap kekal dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar’i yang sebenarnya. Maka kini syaitan memulakan tahap berikutnya.
II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih “power” dan berani, tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya dan kelihatan seksi.
Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada wanita, “Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang selesa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki.”
Ini baru agak longgar. “Oh…… ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala……. orang tetap menamakannya dengan jilbab.”
Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.
Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Terbukti manusia menyukai apa yang kamu lakukan, mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Bukankah itu lebih seksi dan menggoda siapa sahaja lelaki yang melihat?
Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.
Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berjaya membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bertentangan dengan suruhan agama. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah zaman sudah berubah! Sekarang zaman moden, mesti ikut perkembangan fesyen terkini, nanti orang gelar ketinggalan zaman pula.”
Tetapi? Apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki.
Fitnah?
Ah…… itu kan zaman dulu, ketika itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan “ooooh!” atau “wow! hot girl”, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka?
Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita moden di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita kampung.
Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.
III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian seharian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”
Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba.
Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.
Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang disebut “bikini”. Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, “Menelanjangi Kaum Wanita.”
“Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki dan di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu” Syaitan tak ingin ambil risiko.
PENUTUP
Demikian halusnya cara yang digunakan oelhsyaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa dan tidak perasan. Maka hendaklah kita semua, terutamanya orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita, bersegeralah diambil tindakan. Jangan biarkan berlarutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka akan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya.
Mencegah lebih baik daripada merawat.
Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Tuesday, May 8, 2012

Kemarahan..

Kemarahan kita terhadap orang lain lebih 'membakar' diri sendri berbanding orang yang kita marahkan. Oleh itu, penting sekali untuk kita memaafkan kerana ia akan memberi ketenangan pada diri kita sendiri sebelum ketenangan itu dinikmati oleh orang yang kita maafkan.
Memaafkan kekadang lebih sukar daripada meminta maaf terutamanya apabila kita berkuasa dan berpeluang untuk membalas!

Perjuangan vs kemiskinan

Jika orang kaya tidak membazir, tidak akan ada orang miskin terbiar tanpa pembelaan. 
Kerap kali sikaya menjanjikan 'kuah' sedang isinya telah dilahap oleh mereka. 
Namun kebatilan pasti runtuh kerana masih ada pejuang yang sanggup menegakkan kebenaran walaupun terus ditakut-takutkan oleh kelaparan.
Penjara materialisma tidak selamanya boleh mengekang kebangkitan agama!

Saturday, April 7, 2012

Sederhana dalam segalanya



Dunia di isi dengan kemegahan, sombong dan ego. Lantaran itu, kita seharusnya sentiasa berdoa agar ALLAH ketemukan kita dengan insan-insan soleh, ikhlas dan tawaduk. Satu ketika Imam As-Shafie pernah menyebut "Insan yang menegurmu secara sembunyi-sembunyi, bererti ia ikhlas menasihatimu. Tetapi orang yang menegurmu secara terbuka, bererti ia menghinamu." Wallah'alam.



Sembunyi kan la..

duhai wanita !

mengapa kamu mempamerkan susuk tubuh mu kpd umum?

tidakkah kamu tahu bahawa aurat mu itu amat d jaga d sisi islam?

mengapa?

adakah dgn pujian "cantik" "cute" "comel" itu memadai bagi mu?

islam datang dengan mengangkat kedudukan wanita dlm kehidupan

tetapi mengapa kamu menjatuhkan maruah mu dgn berpakaian seperti telanjang?

kamu mengharapkan keredhaan ALLAH SWT ataupun pujian drpd lelaki yang haram bagi mu?

Monday, March 19, 2012

Hidup yang sederhana

Hendaklah kita meninggalkan 4 perkara yang boleh merosakkan hati kita:

1- Jauhkan berdebat dan bertengkar kerana apabila kita menang kita, kita jadi sombong, kalau kita kalah kita akan berdendam atau hasad,
2- Mencari pujian atau sanjungan kerana jika kita tdk mendapatnya kita akan menjatuhkan orang yg mendapat sanjungan itu jatuh atau mencelanya.
3- Bergaul dengan orang-orang yg selalu mencari keaiban orang lain nanti dia akan melihat keaibanmu kemudian membukanya kpd orang lain
4- Janganlah kamu terlalu menghimpunkan harta sehingga meninggalkan ibadat kpd Allah, kerana yg kamu dapati itu tdk membawa keberkatan dalam hidupmu.
Nasihat diri sendiri dan sbg pengkongsian ilmu di pagi ini.


Friday, March 16, 2012

Dunia kepuraan

' Apabila akhirat ada dalam hati ,
 maka datanglah dunia menemaninya .
 Tetapi apabila dunia ada di hati ,
 maka akhirat tidaklah akan menemaninya .
 Itu kerana akhirat itu MULIA dan DERMAWAN,sedangkan dunia adalah HINA ...

Hidup hanya pinjaman

Setiap orang di dunia ini adalah seorang tetamu,
 dan wangnya adalah pinjaman.
 Tetamu itu pastilah akan pergi, cepat atau lambat,
 dan pinjaman itu haruslah dikembalikan. Ibnu Mas’ud 

Monday, February 20, 2012

Keceriaan yang tenggelam...

Begitu lama nenek tidak bersiaran.. kesibukan waktu di tambah dengan ke uzuran orang tua nenek, maka terpaksa nenek melupakan sementara utk menulis di sini..

Kini keadaan yang lebih teratur dan di samping kerja2 yg tidak membeban, nenek kembali la bersiaran..


Ku RELA stokin kaki ku BASAH terkena air yang melimpah 


daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA..


Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat


 yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN


NERAKA.


.Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga


TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada


 DIGANTUNG rambutku sehingga


 MENDIDIH OTAK derita."



Thursday, October 20, 2011

Diam lebih baik dari berkata-kata

RASULULLAH bersabda,"Brg siapa menutupi aib seorg muslim,maka ALLAH pun akan menutupi aibnya didunia & di akhirat",(Muslim).Dmkn pula yg membuka aib seorg muslim di dunia, maka ALLAH buka aibnya, kalau tdk didunia maka diakhirat pasti dibukaNYA."Jgn kamu mencari2 kesalahn org lain & jgn mempergunjing saudaramu, apakah kamu suka memakan bangkai saudaramu? Tentu kamu merasa jijik!(QS49:12), bangkai busuk itulah mknan para penggosip

Saturday, October 8, 2011

Subhanallah..

‎*"Jangan bangga dgn handphone mahal/canggih, kerana alat komunikasi yg boleh menyelamatkan kita adalah DOA "

*''Jangan bangga dgn rumah mewah, kerana rumah terakhir kita adalah KUBUR

*''Jangan bangga dgn title/gelaran, kerana title kita yg terakhir adalah... ALMARHUM"

*"Jangan bangga dgn wajah yg cantik/handsome, kerana wajah kita yg terakhir adalah TENGKORAK "

*"Jangan bangga dengan kereta mewah ANDA, karena kereta terakhir ANDA adalah KERANDA JENAZAH"

*"Jangan Sombong dengan Tempat tidur, Kerana yg terakhir adalah TANAH",,
 
 
 

Something to share

The signs of a hypocrite are that when he speaks he lies,
when he promises he breaks the promise,
when he is entrusted he betrays &
when he is in an argument he screams & yells.
Hypocrisy is to display outwardly that which is contrary to the inward condition.
It is important that each one of us works very hard to identify such weaknesses within ourselves & remedy them as best as we can.
This will help purify the heart & make all our acts of worship much more satisfying & meaningful.
May the Almighty protect us from all forms of hypocrisy.
Aminn.

Fikir dan Renungkan


 
 
Isteri Calun Neraka....

-Tidak suka mengerjakan solat
-Suka bercakap bohong kpd suami
-Suka berhias utk selain suaminya
-Tidak mensyukuri kesenangan yg diberikan olih suami
-Tidak menghurmati suami
-Suka mencari musuh
-Sombong
-Tidak takut kepada Allah sedikit pun
-Tidak mahu mengaku salah bila buat salah
-Tidak mahu minta maaf kepada suami
-Tidak boleh dinasihati olih siapa saja
-Degil dan keras kepala
-Merasakan diri lebih baik dari orang lain
-Suka berpoya-poya
-Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar
-Suka memandang rendah kepada orang lain

Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas satu hadith marfu bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wa salam bersabda :
“ Aku melihat neraka dan sama sekali belum pernah melihat pemandangan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah para wanita “.
Para shahabat bertanya : “ Mengapa wahai Rasulullah ?
“. Beliau menjawab :“ Karena kekufuran mereka “.
Beliau ditanya, “ Apakah mereka kufur terhadapAllah ? “.
Beliau bersabda “ Mereka kufur terhadap suami dan mengingkari kebaikkan. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa. Kemudian dia menemukan sesuatu yang dia benci pada dirimu, maka dia akan berkata : “ Aku sama sekali tidak pernah melihat kebaikkan pada dirimu. “
Semuga kita semua dijauhkan olih Allah daripada bersifat dgn sifat yg akan membinasakan kita didalam neraka Allah…

Thursday, August 18, 2011

JANGAN TINGGAL DAKU

YA ALLAH

Ku bersyukur Ramadhan masih bersinar
Bulan yg penuh ke rahmatan dan di sulami keberkatan

Ku bersujud pada mu Ya Allah
Ampun kan la daku
Ampun kan la dosa2 ku
Ampun kan dosa2 kedua ibubapa ku
Ampun kan dosa2 suami ku
Ampunkan dosa2 anak2 ku..

Ramadhan akan pergi....

Daku gusar.. menanti dalam sedih

Ramadhan... JANGAN TINGGAL DAKU













Saturday, June 4, 2011

Solat Dhuha

Solat Dhuha gamit Rezeki
Kombinasi solat, sentiasa berdoa dan berusaha gigih, insya Allah akan mencurahkan rezeki yang banyak .

Solah Dhuha boleh menjadi senjata yg paling ampuh yang disediakan Allah buat setiap hambaNya menjemput rezeki.

"Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung menyatakan "Wahai anak Adam, Cukupla dengan melakukan empat rakaat solat Dhuha pada pagi hati maka Aku pasti mencukupi keperluan mu pada akhir hayatmu. " (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Ya"la)"


Rasullah ada menerangkan kepada kita bahawa orang yang selalu mengamalkan solat Dhuha selain dimurahkan rezeki dan dilancarkan segala urusan dia juga mendapat layanan cukup istimewa ketika di akhirat nanti.

Rasullah bersabda yang bermaksud :" Dalam syurga terdapat pintu yang bernama Ad-Dhuha. Apabila hari kiamat tiba, ada seseorang menyeru, " Mana org yang mendirikan solat Dhuha? Inilah pintu kamu. Masukla kedalam syurga dengan iringan rahmat Allah". (Hadis riwayat at-Tabrani.


Sampai begitu sekali Allah melayan hamba Nya yang beramal dengan solat Dhuha ketika hidupnya didunia ini. Kita mesti sedar bahawa permohonan supaya dipermudahkan rezeki Allah itu hendklah di susuli dengan tindakan dan usha kerja keras.


Hal ini seharus diamalkan secara maksimum dan usaha yang termampu. Melalui kombinasi solat Dhuha, sentiasa berdoa dan berusaha gigih, lambat laun, Allah pasti mencurahkan rezeki yang melimpah ruah kepada kita.


Justeru, bekerjala kita dengan sekuatnya untuk mencari sumber rezeki yang halal lagi diberkati di samping bertawakal dan seimbangkan dengan amalan solat Dhuha.











 

Saturday, April 30, 2011

Kubur yg menyeru

kubur Setiap Hari Menyeru Manusia.....

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah
Muhammadar Rasulullah" 

Gali dan gali

Wednesday, April 27, 2011

Syukur pada Mu Ya Allah..

Pesanan nenek utk semua cucu2 ku.. syukur pada Allah atas nikmat yg di berikan pada kalian... bertuah dan beruntung nya akan kesempurnaan hidup..

Lihat akan kekurangan Nick Vujicic...
Hayati la..


Thursday, April 14, 2011

Award

AWard Dari Story of Mama... (Storyofmama.blogspot.com)... nenek ucapkan trima kasih pada Noor ,  semuga selalu2 le menulis Salam sayang danceria dari nenek..




Sunday, March 27, 2011

Hilang di tiup Sang Bayu

Tiada hati mahu ketawa
Emosi asyik tidak punya
kestabilan lagi
Hati dan perasaan tidak lagi kebal

Ah! Kalah lagi.
Tuhan kembalikan hatiku
yang lalu
atau gilap kembali

Beri sekeping yang baru!

.

Friday, January 14, 2011

Tetamu hati



Kalau tumitku sudah kematu
tiada lagi ku pakai sepatuku
kaki ku mengenal batu-batu
pasir yang terbakar
rumput yang menguning
lopak yang kering
angin gering


Sedikir ketawa 
bicara yang lemah
langkah yang patah
darah masih mentah
ubun-ubun semakin pijar
lelah, rehat yang terbiar

ketika bintang-bintang meludah cahaya
embun membasuh mata
langit tanpa suara
sepi dan halus
jiwa dan kudus


ini hidup bukan menanti mati
tapi mati yang selangkah dari hati

Thursday, December 23, 2010

Gurindam Jiwa yang indah





Buah keranji buah delima,
Mari letak atas meja;
Sirih pinang sudah ku terima,
Tanda jadi kita berdua.

Burung tekukur terbang ke Jedah,
Bubuk padang sehelai tak layu;
Sirih sekapur tanda penyudah,
Rokok sebatang bercerai lalu.

Cuba-cuba menanam sirih,
takut nak ada tumbuh sulurnya;
Cuba-cuba membuat kasih,
Takut nak ada unjuk hulurnya.

Cuba-cuba menanam sirih,
Cekor ada tumbuh sendiri;
Cuba-cuba bertambat kasih,
Kok-kok ada tunjukkan diri.

Dari Sekara terbang pipit,
Anak ulat atas papan;
Usahkan pinang bergigit,
Pinang bulat pun saya makan.

Daun selasih daun semulih,
Pohon pinang jambatan mandi;
Mari kita bertambah kasih,
Kasih ku panjang mengikat janji.

Daun sirih jangan dikait,
Kalaulah kait mematah layu;
Telunjuk lurus kelingking berkait,
Itu pepatah orang Melayu.

Thursday, December 9, 2010

Hijrah yg perlu di simpan erat




Hijrah secara fizikal sudah berlalu, malah Rasulullah tidak galakkan lagi umat Islam berhijrah. Kita tidak perlu lagi berhijrah ke kampung lain, selagi kampung itu baik dan aman. Selagi penduduknya tidak menghalau kita keluar, selama itulah kita perlu tinggal dalam kampung itu apatah lagi kampung itu sudah menjadi milik kita.

Tetapi hijrah dalam bentuk sikap perlu dilakukan secara tertib dan bersistematik. Jadi, marilah kita berhijrah ke arah itu demi menjaga iman. Rasulullah ketika ditanya seorang penduduk Sham, apakah iman yang paling afdal? Baginda bersabda, hijrah. Dia bertanya lagi, apa itu hijrah? Baginda menjawab, kamu meninggalkan kerja dosa.


Dalam hadis yang sama, dikatakan terdapat pelbagai jawapan kepada persoalan apakah hijrah yang paling afdal. Antaranya ialah:

1- Hendaklah kamu meninggalkan apa yang diharamkan ke atas kamu,

2- meninggalkan apa yang tuhan kamu benci.


3- Dan akhirnya ingatlah Allah banyak-banyak.


Untuk melakukan hijrah ini, seseorang itu perlu kepada jihad melawan nafsu. Di manapun anda berada, hijrah ini perlu dilakukan dan jihad ini tidak pernah terhenti apatah lagi nafsu memang sentiasa berada dalam diri kita.

Mari kita tanya diri sendiri, sudahkah kita meninggalkan apa yang diharamkan oleh Allah? Kalau anda masih bergelumang dengan dosa dan melakukan perkara haram, maka jelaslah anda masih tidak berhijrah. Begitu juga kalau anda sudah boleh meninggalkan apa yang dibenci oleh Allah, maka ketika itu sudah boleh dikatakan sudah berhijrah. Tetapi kalau belum, jelaslah dia belum berhijrah.

Ingat Allah banyak-banyak bukan merujuk kepada zikir, tahmid, dan hamdalah. Ingat Allah bukan sekadar menyebut subhanallah dll. Tetapi ingat kepada Allah merujuk kepada kerja hati dan tindakan. Ingat kepada Allah mendorong kita melakukan sesuatu dengan tekun dan sabar.

Jadi, buktikan anda semua sudah berhijrah dengan banyak zikir atau ingatkan Allah banyak-banyak. Orang yang banyak ingat Allah tidak akan melakukan dosa biasa. Mereka yang ingat Allah itulah tanda sudah berhijrah.
-

Wednesday, November 24, 2010

Terima Kasih YA ALLAH.

Terima kasih wahai Tuhanku.
Yang sentiasa melimpahkan rahmat Nya
Membenarkan aku menghadap Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih
dan Maha Penyayang


Untuk bercakap dengan Mu Tuhan
Mengizinkan ku minta pada Mu
Memuja Memuji sepenuh hati ku
Memohon munajat pada Mu YA RABBI

Tapi aku khuatir menghadap Mu
Tidak pula pandai beradab dengan Mu
Aku mula bimbang kalau aku derhaka
Dalam ketaatan bukan rahmat dari Mu
Yang ku dapat
TApi ku kn dapat kemarahan Mu
YA RABBAL ALAMIN....
MAAFKAN aku....


.

Monday, November 8, 2010

MAKSIAT DAN DOSA

PENGHIJAB DOA

nenek nk berkongsi rasa

"Doa itu senjata orang Mukmin" demikian maksud hadis ygn di riawayatkan oleh Al-Hakim. Kita sering merintih dan berdoa pada Allah apabila ada sesuatu yg kita hajati atau apabila kita di timpa masalah. Namun kita sering merasakan doa yang kita panjatkan itu lambat di kabulkan.

Seolah-olah Allah tidak mendengar rintihan hati kita. Menagapa hal demikian terjadi?
Kita koreksi & muhasbah diri. Sesungguhnya doa yang tidak mustajab berpunca dari hati yang kotor.
Dosa dan maksiat yang kita lakukan telah menggelapkan hati lalu menghijab doa daripada dikabulkan. Kembali la kepada Allah. Hanya dengan penyucian hati dan taubat, Allah akan dengar rayuan dan rintihan hati kita


allah Pictures, Images and Photos


Maksiat tutup segala Pintu kebaikan

Firman Allah SWT "Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada mu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka): Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepada Ku supaya mereka menjadi baik serta betul " (Surah Al-Baqarah: ayat 186).

Maksiat juga akan menutup segala pintu kebaikan yang dibuka oleh Allah kepada umat-NYa. sebagai contoh, dengan melakukan perbuatan maksiat, tidak mustahil Allah akan menarik semula harta kekayaaan.


.

Tuesday, October 26, 2010

Monday, October 18, 2010

MAKAN LA YANG HALAL

Nenek dah berkongsi dgn semua cucu2 ku...

SENARAI RESTORAN TERKENAL YG DISAHKAN HALAL & DITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM

**KITE C & P dari Blog Kak Hanieliza

Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station

2) Kam Lun Ta

3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2) Chicken Rice Shop

3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.



.