Tuesday, June 30, 2009

INGAT, LUPA ATAU TAKUT MATI...

Nasihat Nabi SAW dengan sabdanya: "ingatlah mati!!

Demi zat yang jiwaku dalam kekuasaan-Nya, kalau kamu tahu apa yang aku ketahui, tentulah kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis."

Berdepan dengan :isu: kematian, kita dapat lihat manusia umumnya boleh di katergorikan
kepada tiga :

ORANG YANG LUPA MATI
ORANG YANG TAKUT MATI
ORANG YANG INGAT MATI


Persediaan menghadapi mati

Tegasnya persediaan untuk menghadapi mati secara automatik akan mendorong
manusia untuk melaksanakan 3 perkara berikut :

1. BERBUAT BAIK

Malakukan byk kebaikan buat diri, keluarga dan masyarakat yang akan memberi
manafaat sama ada semasa hidup ataupun setelah mati.
Mereka umpama musafir yang menyediakan segala bekalan dan persiapannya menuju
destinasinya.

Mereka faham bahawa hidup di dunia adalah umpama "tanam-tanaman" untuk akhirat.
Jadi maereka sangat rajin dan aktif "menanam' pohon kebaikan yang akan dituai hasil
nya di akhirat.



2. TABAH HADAPI UJIAN

Menghadapi ujian hidup di dunia (sementara) dengan tabah demi mengharapkan
kesengan di akhirat (kekal). Mereka rela dan tega menerima kesusahan yang kecil
didunia sebagai taruhan untuk menyelamatkan daripada kesusahan yang besar
diakhirat.
Masakan, orang yang melihat harimau dihadapannya masih memikirkan semut
yang sedang mengigit kakinya.

Dalam kitab Mukhasyafah Al-Qulub, Imam Ghazali menulis bahawa seorang ulama
Ibrahim Al-Taimiyi berkata, :Sesiapa yang sselalu mengingati mati, ringanlah bagi
musibah dunia dan kedukaannya."



3. SEGERA BERTAUBAT


Menyegerakan taubat atas dosa yang dilakukan terhadap Allah dan sesama manusia.
Dosa ialah kotoran batin yang begitu aib untuk dibwa bertemu Allah.
Sedangkan mati adalah gerbang pertemuan dengan Allah.
Kalau seorang rakyat yang hendak mengadap raja dia akan memakai pakaian
yang sebaik2nya, maka begitulah seorang hamba hendak mengadap Tuhannya,
wajarnya dia memakai "pakaian" yang sebaik2nya untuk mengadap Tuhannya.

Namun dia sedar bahawa Allah tidak melihat rupa lahiriahnya melainkan jika
bersih hatinya daripada dosa-dosa. Sabda Rasullah SAW. "Sesungguhnya Allah
tidak melihat rupa lahir kamu tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu.

Sunday, June 21, 2009

BAPA..PAPA..DADDY..TOK WAN...ATOK




SEMPENA HARI BAPA 21-JUN-2009.....nenek mengucapkan le pada semua yang bergelar ayah, papa, bapa, daddy, tok ci, pak cu, pak uda pak ngah, pak tam, dan... yang sewaktu dengannya.

semuga pengorbanan kamu mendapat keberkatan dari yg ESA...
dan semuga doa anak-anak membawa cahaya keceriaan di dunia dan di akhirat..

AMIN...


Saturday, June 13, 2009

SEKADAR KEINDAHAN
















indian dress..



Paki dress..













Saturday, June 6, 2009

BICARA CINTA

UNTUK CUCU-CUCU NENEK YANG DI ALAM PERCINTAAAN...



Image and video hosting by TinyPic


Pernah tak korang rasa betapa peritnya jika cinta itu hanya dipendam
sahaja didalam hati tanpa diluahkan pada orang yang kita sukai.
Disini, aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan betapa sakit dan
peritnya hati ini bila kita menyukai seseorang itu tanpa meluahkan
perasaan padanya .

Biar ku kenalkan dia sebagai A.Perkenalanku dengannya bermula
di tempat kerja dimana A bertugas di bahagian dapur manakala aku
pula bertugas di bahagian cashier. Mulanya aku hanya menganggap
A sebagai rakan sekerja sahaja kerana aku menyampah dan jelik dengan
sikapnya yang suka mengampu dan menganggap dirinya itu ‘perfect’ la kononnya.

Perasaan yang tidak disangka-sangka itu muncul bila aku menemaninya
berjalan-jalan melepaskan “tension” di putrajaya. Hanya kitorang sahaja...
Malam yang sunyi di atas jambatan putrajaya yang ntah apa namanya.
Hanya aku dan A…. A melepaskan segala masalah yang terbuku
dihatinya padaku. Pertama kali aku terasa begitu dihargai. Bila difikir-
fikirkan balik menyesal pulak rasanya menemani A malam tu. Kalaulah
aku tak keluar temankan dia lepaskan “tension” malam tu mungkin perasaan
yang aneh itu tak akan muncul. Mungkin pada pandangannya dia meluahkan
masalah pada seorang rakan tapi berlainan pula bagiku.

Sejak hari itu ntah kenapa aku rasa lain macam bila jumpa A. Ambil
berat sangat kat A.. Ambil kisah masalah A. Kadang-kala aku rasa macam
bodoh. Hinggalah satu hari A menceritakan padaku yang dia menyukai
seorang perempuan. Amat menyukainya sehingga sanggup mati la
kononnya demi perempuan tu.

Sejak itu aku mula menjauhkan diri darinya. Mengelak bercakap
dengannya. Aku tak mahu perasaanku terlajak lebih jauh lagi.
Sehinggalah satu hari tu perempuan yang A suka kerja kat situ.
Bermula dari hari tu aku rasa seperti berada di dalam neraka.
Mendengar hilai tawa mereka bergurau aku rasakan seperti
telinga aku dicurahkan minyak panas yang sedang menggelegak
di dalam kuali. Aduh sakit dan perit rasanya!!

Lantas aku berkeputusan untuk menjauhkan diri daripadanya.
Tapi, makin aku ingin menjauh darinya makin rapat pula A
menghampiriku. Saban hari A bertanya apakah yang menyebabkan
aku bersikap dingin padanya. Memujukku dengan memberikan
kata-kata manis dan harapan yang semuanya pada pandanganku
hanyalah palsu belaka. Ah lelaki memang pandai bermain kata.-kata!!
Tapi memang tidak dinafikan kadang-kadang aku termakan jugak
dengan pujuk rayunya itu.

Segala masalah A dengan teman wanitanya akan dikongsi denganku.
Seumur hidupku belum pernah ada seorang pun lelaki yang sanggup
berkongsi masalahnya denganku. Percaya atau tidak kalau ku katakan
yang A ialah lelaki pertama yang menghantar aku balik ke rumah, lelaki
pertama yang belanja aku minum, lelaki pertama yang sudi makan sisa
aku, lelaki pertama yang pernah makan masakan aku, dan segala-galanya
yang aku buat bersamanya merupakan kali pertama.

Aku menemaninya ketika A menghadapi kesukaran, kadang-kadang
disebabkan masalah yang ditimbulkan olehnya, aku yang menjadi mangsa.
Memang benar,cinta memang buta bila difikir-fikir betapa bodohnya
aku masa tu.
Kalau aku tahu begini balasan yang diperolehi atas segala kebaikan
yang telah kuberikan memang dari awal lagi aku tak ingin menolongnya
walau secebis kuman sekalipun. Susu yang kuberikan akhirnya dibalas
dengan tuba. Entah dimana silapku, apa salahku aku difitnah cuba
menghancurkan hubungannya dengan teman wanitanya yang dikasihi.
Adakah salah aku meminjamkan telingaku mendengar masalahya?
Adakah satu dosa aku meminjamkan bahuku meringankan beban
masalah yang dipikulnya?

Keakraban dan keprihatinan yang ku berikan padanya menimbulkan
salah faham antara A dan teman wanitanya. Lantas bagi menutup
kesalahannya aku dituduh cuba menggodanya. Menyimpan perasaan
padanya. Memang ku akui aku mempunyai perasaan padanya namun
aku tidaklah sampai mahu merosakkan hubungan antara A dengan
teman wanitanya.

Lantas aku pergi merantau ke negara orang bagi membawa hati
yang luka. Melanjutkan pelajaran agar dapat melupakannya.
Melupakan segala kenangan pahit dan manis yang A tinggalkan padaku.
Sebelum pergi, aku hanya dapat melihat kemesraan antara A dan
teman wanitanya dari jauh. Cukuplah... Cukuplah setakat melihatnya
dari jauh, aku berasa puas dan bahagia. Walaupun aku tidak dapat
memilikinya namun jauh disudut hatiku aku masih lagi menyimpan
perasaan yang belum pernah lagi ku rasakan apabila bertemu dengan
mana-mana lelaki lain.Mungkin pintu hatiku masih belum mampu
terbuka untuk lelaki-lelaki lain. Biarlah…. Biarlah cintaku ini menjadi
cinta dalam hati yang hanya aku seorang sahaja mengetahuinya dan
merasai keperitannya.

Hati aku makin tidak menentu.Ku sangkakan dengan melarikan diri
dari semua itu,aku akan dapat melupakannya.Tapi..apa yang ku
temui di tempat belajarku..Seorang lelaki,J (bukan nama sebenar)
yang berupa paras serta susuk tubuh yang mirip seperti A.Aku
menjadi tidak keruan..Aku cuba untuk tidak memandang atau
terserempak dengan J kerana seringkali aku melihat J aku akan
dihantui dengan bayangan A. Aku tidak mahu pelbagai kenangan
silam itu kembali menerpa..

Dengan ketabahan dan kesungguhan diriku ini,aku sudah
menjadi lali dan seperti tiada apa-apa bila terserempak dengan J.
“Mind setting” ku menyatakan J dan A merupakan manusia dari
alam yang berbeza walaupun dia mempunyai susuk tubuh dan wajah
mirip A meskipun aku belum mengenalinya dengan lebih rapat.
Aku sudah serik untuk mengenali lelaki kerana takut pisang berbuah
dua kali. Aku tidak mahu itu semua mengganggu diriku untuk
menumpukan pelajaranku,dan mengejar cita-cita ku..Dan sekarang
aku menjalani kehidupan ku tanpa apa-apa masalah yang lalu.Aku
bahagia disamping keluarga yang tercinta dan rakan-rakan seperjuangan yang setia.Walaubagaimanapun,diriku ini hanyalah kaum Hawa yang lemah.
Sesekali aku akan teringatkan A dan kenangan-kenangan lama itu
apabila terlihat J. Tapi aku segera menepisnya agar aku tidak akan
hanyut dan kalah dengan arus kenangan itu semua.

Setiap kali aku mendengar lagu Cinta Dalam Hati yang dipopularkan
oleh kumpulan Ungu,hati aku berasa sangat pedih, merana, kecewa,
sedih, pasrah .Tapi aku redha,ini semua ada hikmahnya.Aku tahu,ada
sesuatu yang lebih baik akan terjadi disebalik apa yang telah berlaku
pada diriku ini.

Kepadamu A,akan ku simpan cinta ini dalam hatiku.Sampai bila?
Itu aku sendiri tidak tahu.Ku selalu doakan semogamu bahagia
dan sentiasa gembira dengan hidupmu bersama si dia. Biarlah dirimu
tidak mengerti apa- apa tentang isi hatiku dan biarlah cinta ini menjadi
CINTA DALAM HATI…


“Ku ingin kau tahu diriku disini menanti dirimu,
Meski ku tunggu hingga hujung waktu ku,
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya,
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya,
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja…”


Mencintai seseorg dalam diam memang menyakitkan.
Tambah pula kalau insan tu memang dekat dengan kita.
Lagi tambah tak keruan bile insan itu hanya menganggap
kite sebagai teman baik saje. Itu lagi seksa.
Tabahkan hati, tetapkan minda ntuk meneruskan
perjalanan hidup tanpa cinta tiada balasan itu.





Image and video hosting by TinyPic





Love Quote and Life Quote Pictures, Images and Photos




Upload Pictures - Photo Sharing - Free Image Hosting







Tuesday, June 2, 2009

BULAN BERKASIH SAYANG......

KEBIASAAN PADA AKHIR MEI HINGGA AWAL BULAN JUNE ... MULA KITA AKAN DI LAYAR KAN KAD2 JEMPUTAN KAHWIN....

ANAK2 SEDARA... ANAK2 JIRAN... ANAK2 SEPUPU.. ANAK2 KEKAWAN.. ANAK2 STAFF..ATAU KEKAWAN KITA SENDIRI... IPAR PADA KAWAN ... ADIK IPAR KITA... DAN MACAM2 PANGILAN UNTUK ORANG2 YANG MENDIRIKAN RUMAH TANGGA..

JANGAN TERPERANJAT... KAWAN YANG PASANG LEBIH DARI SATU PUN SIBUK JUGA BUAT MAJLIS... MAJLIS KAT HOTEL.. KAT RESORT.. KAT MANA2 LE..

KADANG2 NENEK TERASA SAYU... MAKLUM LE NENEK BUAT KAT GUA... BUKAN HOTEL
BUDGET KECIK...


MARI KITA TENGOK MAJLIS2 ORANG NIE..





See full size image









Muslim_Wedding_Photography_7752





.







balinese wedding

MUSLIMAH FASHION

JOM JALAN2 SAMBIL CUCI MATA....
























































fashion dulu kini dan selamanya...