Tuesday, June 30, 2009

INGAT, LUPA ATAU TAKUT MATI...

Nasihat Nabi SAW dengan sabdanya: "ingatlah mati!!

Demi zat yang jiwaku dalam kekuasaan-Nya, kalau kamu tahu apa yang aku ketahui, tentulah kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis."

Berdepan dengan :isu: kematian, kita dapat lihat manusia umumnya boleh di katergorikan
kepada tiga :

ORANG YANG LUPA MATI
ORANG YANG TAKUT MATI
ORANG YANG INGAT MATI


Persediaan menghadapi mati

Tegasnya persediaan untuk menghadapi mati secara automatik akan mendorong
manusia untuk melaksanakan 3 perkara berikut :

1. BERBUAT BAIK

Malakukan byk kebaikan buat diri, keluarga dan masyarakat yang akan memberi
manafaat sama ada semasa hidup ataupun setelah mati.
Mereka umpama musafir yang menyediakan segala bekalan dan persiapannya menuju
destinasinya.

Mereka faham bahawa hidup di dunia adalah umpama "tanam-tanaman" untuk akhirat.
Jadi maereka sangat rajin dan aktif "menanam' pohon kebaikan yang akan dituai hasil
nya di akhirat.



2. TABAH HADAPI UJIAN

Menghadapi ujian hidup di dunia (sementara) dengan tabah demi mengharapkan
kesengan di akhirat (kekal). Mereka rela dan tega menerima kesusahan yang kecil
didunia sebagai taruhan untuk menyelamatkan daripada kesusahan yang besar
diakhirat.
Masakan, orang yang melihat harimau dihadapannya masih memikirkan semut
yang sedang mengigit kakinya.

Dalam kitab Mukhasyafah Al-Qulub, Imam Ghazali menulis bahawa seorang ulama
Ibrahim Al-Taimiyi berkata, :Sesiapa yang sselalu mengingati mati, ringanlah bagi
musibah dunia dan kedukaannya."



3. SEGERA BERTAUBAT


Menyegerakan taubat atas dosa yang dilakukan terhadap Allah dan sesama manusia.
Dosa ialah kotoran batin yang begitu aib untuk dibwa bertemu Allah.
Sedangkan mati adalah gerbang pertemuan dengan Allah.
Kalau seorang rakyat yang hendak mengadap raja dia akan memakai pakaian
yang sebaik2nya, maka begitulah seorang hamba hendak mengadap Tuhannya,
wajarnya dia memakai "pakaian" yang sebaik2nya untuk mengadap Tuhannya.

Namun dia sedar bahawa Allah tidak melihat rupa lahiriahnya melainkan jika
bersih hatinya daripada dosa-dosa. Sabda Rasullah SAW. "Sesungguhnya Allah
tidak melihat rupa lahir kamu tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu.

No comments: