Tuesday, July 28, 2009

Monday, July 27, 2009

PADA MU AKU MEMOHONNN....

IZIN AKU MEMOHON KEREDHAAN MU.. YA ALLAH...


Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat,

Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah,

Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana…

Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada

langkah-langkah yang tersasar, Semoga tabah dan tetapkan iman…

Biarlah kita keseorangan, Tanpa berteman, Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan,

Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah, Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi,

Tanpa sepotong ayat, Ayat suci AL-QURAN

Rose Divider Pictures, Images and Photos














.

Sunday, July 26, 2009

jom tambahkan berat badan

Buat la pilihan sendiri

cake11


cake8


cake6


cake2


cake83


cake76


cake110


cake4 Pictures, Images and Photos

Friday, July 24, 2009

Sunday, July 19, 2009

PASRAH KU...

AN18.jpg



"Pasrah ku"

TUHAN,

Ketika Hati tak mampu menahan gejolak,

Ketika air mata tak mampu lagi mereda sakit,

Hanya pada MU aku berserah,

Hanya pada Kasih MU aku meminta,

TUHAN,

Malam tlah larut,

Sang unggas malam tlah bernyanyi,

Embun mulai membasahi bumi,

Rembulan pun mulai bersiap beradu,

Namun mata masaih enggan terlelap,

Ingatan dan hayalan ini jauh melanglang,

Mencari dimana silapnya,

Mencari dimana jawaban tanya ini,

Hingga tersenyum pun sudah tak mampu,

TUHAN,

Izinkan aku tetap disini,

Berikan aku kekuatan,

Berikan aku ketegaran,

Berikan aku ketabahan,

Hingga mampu terus melangkah diatas onak ini,

TUHAN,

Dengan segenap rasa dan seluruh jiwa,

Terima lah pinta dan doa ku,

Agar Tegar aku disini...bersama langkah ku..






AN15.jpg



AN20.jpg



AN22.jpg


Ya Allah restukanlah doa hamba mu ini




Friday, July 17, 2009

HARTA.... KEKAYAAN... KEMEWAHAN



Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja,
dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu.
Jangan engkau tendang dunia ini ke ranjang atau bakul
sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis
yang membuat beban orang lain.

Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk
habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan
pakai itu adalah tanah belaka.
Janganlah engkau bertemankan dengan
orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan
membinasakan dirimu.