Saturday, January 31, 2009

kiasan

Salam untuk semua...

Saya tertarikh dengan warkah dan satu majalah Solusi....

Berat tajuk nya....Rezeki yang cukup VS Rezeki yang Tidak Cukup-Cukup.

Mcm mana?

Mari sama-sama kita renungkan.

Katalah kita memiliki wang $50.00, tiba-tiba seorang yang sangat memerlukan pertolongan dan memohon bantuan. Terkesan dengan kesusahannya, kita menghulurkan bantuan. Kita hulurkan separuh wang yang ada kepadanya - tingal $25.00.

Dengan itu wang kita bertambah atau kurang?

Sudah tentu jawapan kita wang telah berkurang,... itu jawapan kita .

TETAPI BUKAN ITU JAWAPAN ALLAH SWT.

Bagi Allah swt sekiranya hati kita ikhlas membantu, wang kita tidak akan berkurang, malah semakin bertambah.



Perhatikan benar-benar maksud firman ALLAH SWT:

"Bandingan orang yang membelanjakanhartnya pada jalan Allah SWT ialah sama dengan biji benih yang menerbitkan 7 tangkai, tiap2 tangkai itu pula mengandungi 100 biji.
Dan ingatlah Allah SWT akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang mengkehendakinya " (Surah Al-Baqarah: 261)

Dilihat dengan pandangan biasa, memang wang kita menyusut, tapi pada pandangan mata hari, wang kita sebenarnya telah bertambah.

Bertambah bukan setakat sekali, 2 kali atau 3 kali ganda, bahkan 7 ratus kali ganda. Jika dinisbah secara matematik wang $25.00 kita telah "BERTAMBAH" menjadi RM 17,500.00!

Bagaiman? Adakah benar?

REzeki yang "Bertambah" tidak boleh dilihat dari segi jumlahnya saja. Tapi harus dilihat dpd pelbagai dimensi, secara holistik, yg penting mari kita lihat dari segi keberkatannya.


Ya, dalam soal rezeki, bukan soal byk atau sikit saja yang harus dipertimbangkan , tetapi sama ada berkat atau tidak. Kalau rezeki sudah berkat, sedikitnya mencukupi, bykny boleh di agih-agihkan. Berbanding rezeki yang hilang berkat, sedikit tidak mencukupi byknya tidak puas.

Ini lah penyebab berlakunya rasuah di kalangan orang atas - bila si kaya harta, masih miskin jiwa akibat terhakis keberakatan rezekinya.

Kita yakin Allah SWT adalah AL-RAZZAK ( Maha Pemberi Rezeki) dan
Al-Wahhab(Maha Pemberi).

Apabila sesorang insan memberi kepada insan lain hanya kerna ingin mendapat keredahaan Allah SWT, maka Allah SWT akan "Menggantikan" pemberiannya itu dengan sesuatu yang lebih baik, malah lebih byk - mungkin tidk dari segi kuantitinya, tetapi boleh jadi kualitinya.

Secara mudah, ini yang yang dimaksudkan dengan barakah (sesuatu yang bertambah dan baik).

Ungkapan Saydina Ali : " Harta yang menjadi milik kamu yang sebenar ialah harta yang kamu belanjakan ke jalan Allah"

Justeru, "boleh dikatakn bahawa rezeki itu bukan sesuatu yang kita terima , sebaliknya apa yang kita berikan'.

Semakin kita berikan, rezeki (boleh jadi dalam bentuk harta, ilmu, masa, tenaga) akan semakin "bertambah", apabila dibelnjakan di jalan Allah SWT. Rezeki yang kita simpan, hakikatnya belum tentu kepunyaan kita. Mati boleh datang tiba-tiba. Sebaik kematian datang, rezeki kita sudah bertukar tangan - menjadi pusaka, warisan setelah di faraidkan!.

Perhatikan betapa ada orang yang pendapatannya kecil, tetapi oleh kerana berkat, hidupnya terarah, anak-anaknya baik, isterinya solehah dan kehidupannya tenang walaupun tidak kaya.

Ada pula si kaya yang wangnya melimpah ruah namun "kaya" juga dengan masalah. Isteri melawan cakap, anak-anak liar, para pekerjanya menipu, orarng gaji sering lari dan 1001 lagi masalah hidup.

Yang aneh duitnya dirasakan tidak pernah cukup2.

Jika diberi pilihan yang mana keinginan kita?

TEPUK DADA, TANYALAH IMAN.



Rahsia Diri

Salam sahabat2....Hari ini ada sesuatu topic yang cukup menarik berjudul Punca Masalah.

Mengapa kita seringa berkata biar byk solah istikharah , kerana solat itu membantu kita untuk memutuskan sessuatu hal berbeza dengan hajat?

Mungkin hajat yang kita inginkan itu sebenarnya bukan yang terbaik untuk kita namun kita begitu degil tetap mahunkannya dan apabila hajat itu ditunaikan dan kita mendapati ianya mendatangkan masalah maka siapakah yang harus terlebih dahulu di persalahkan.

Yang pertama dan terakhir patut dipersalahkan ialah diri kita sendiri kerna kita tidak yakin dengan keputusan Allah s.w.t.

Keduanya ia juga adalah akibat masalah hubungan kita dengan Allah swt. Apabila kita mempunyai masalah hubungan dengan Allah swt maka kita pasti akan mempunyai masalah di dunia.

Jika kita ingatkan kembali masalah yang anda buang tadi dengan teliti mengapa ia berlaku maka jelas sekali bahawa masalah itu terbit hasil dari masalah perhubungan anda dengan Allah swt.

Ada orang yang berkata, dia seorang yang kuat beribadah dan sering menjaga hubungan dengan Allah swt. .... Namun hubungan dengan Allah swt ini perlu dengan rasa yang mendalam dan jika hanya mengerjakan sesuatu untuk memenuhi ritual, ia jauh sekali boleh dianggap sebagai hubungan dua hala tetapi hanya tanggung jawab insan.


Cuba renungkan sekirnya anda hanya menjaga anak anda atas dasar anda dan tugas anda hanya untuk memberi makan dan pakai.... Seandainya itu saja yang anda lakukan cuba pula anda fikirkan setelah anak itu dewasa mungkinkah dia juga akan melayan anda sedemikian rupa?

Dia mungkin baik terhadap anda kerana jasa anda tetapi dia mungkin bukan anak yang soleh kerna mungkin berat baginya untuk mendoakan anda.....

Merperbaiki hubungan anda dengan Allah swt adalah satu2nya jalan keluar untuk setiap masalah kita.

Jangan lah cuba untuk berlawan dengan dunia kerana dunia lebih arif tengan hal duniawi tetapi lawanlah dengan dunia ini dengan akhirat kerana dunia tidak pernah kekal dan pastinya dia akan kalah apabila akhirat dijadikan senjata.

Maka jelaslah sekarang bahawa asas kepada masalah kita sebenarnya adalah hubungan dengan Allah swt yang selama ini cukup renggang dan mungkin amalan yang kita lakukan bukan untuk Allah swt tetapi untuk kita walaupun kita berkata kerana Allah swt.

Jika anda selama ini melakukan solat hajat untuk menyelesaikan masalah anda maka ini cuba diganti dengan solat sunat dan jika anda selama ini melakukan zikir untuk menghilangkan beban emosi anda maka kini cubalah untuk berzikir hanya untuk Nya.

Cubalah anda lakukan semua perkara hanya kerna Nya dan lakukan hal ini sekurang2nya selama 21 hari dan mungkin selama tempuh itu anda tidak sedar yang masalah yang membelenggu anda kini sudah mula terungkai.

LAKUKAN SELAM 21 HARI

Semuga berhasil... jumpa lagi....

Tuesday, January 27, 2009

Tarikh cemerlang

Terdapat byk cara pengiraan yang digunakan oleh manusia memilih tarikh untuk membuat sesuatu sama ada untuk memulakan perniagaan, menganjurkan majlis pernikahannya, pelancaran produk dan sebagainya.

Tarikh tersebut ialah pada 07-02-2009.

Sebenarnya bukanlah nombor2 itu yang membuatkan manusia itu berjaya. Jika anda seorang yang beragama islam, mempercayai nombor memberikan kesan hidup manusia boleh menyebabkan anda jatuh syirik, Kepada agama lain, ia terpulang kepada kepercayaan agama masing2.

Nombor2 adalah sebagai satu tanda yang mewakili sesuatu maksud. Contoh, jika kita mempunyai berat badan 100kg, kita tentu di label sebagai gemuk dan mempunyai penyakit berat. Namun tidak semestinya begitu kerana ada orang yang memiliki berat 40 kg tetapi memiliki penyakit2 berat juga.

Oleh itu nombor atau angka hanyalah wakil sebentuk visual atau realti tentang status kesihatan
kita.

Tarikh 7-2-2009 di pilih sebbagai tarikh yang "baik" kerana tarikh itu masih dalam fasa bulan sedang menaik di mana kajian orang tua2 dulu mendapati tempoh bulan menaik adalh bagus untuk memulakan sesuatu perkara.

LAHIR PERMULAAN HIDUP




.

Wednesday, January 21, 2009

ilimiah

Dah lama cuti..... hari ini saya perkenalkan buku TEh TArik Kurang Manis karya Abd jalil Ali....Beliau selalu berkarya dalam majalah MIDI... Ha ha bagi umur 40+++ selalu2 la baca majalah ini. dan kalau nk lagi best beli buku dia Teh Tarik............. Byk pelajaran byk pengajaran juga. tentang life solo, marriage, solo again, dan balu2. ........ dunia diceritakan dunia realty. Hidup berpoligami, monogami dan memegami semua ada. Pendek kata kita tak belajar kt U, tapi kita belajar thru pengalaman seh..... Topik2 cukup menarik, Lelaki 3G, Jagan biarkan dalca kedinginan, Air tangan isteri pengikat kasih, Cinta di akhir usia, Takak kering perut berdangdut dan byk lagi.