Salam untuk semua...
Saya tertarikh dengan warkah dan satu majalah Solusi....
Berat tajuk nya....Rezeki yang cukup VS Rezeki yang Tidak Cukup-Cukup.
Mcm mana?
Mari sama-sama kita renungkan.
Katalah kita memiliki wang $50.00, tiba-tiba seorang yang sangat memerlukan pertolongan dan memohon bantuan. Terkesan dengan kesusahannya, kita menghulurkan bantuan. Kita hulurkan separuh wang yang ada kepadanya - tingal $25.00.
Dengan itu wang kita bertambah atau kurang?
Sudah tentu jawapan kita wang telah berkurang,... itu jawapan kita .
TETAPI BUKAN ITU JAWAPAN ALLAH SWT.
Bagi Allah swt sekiranya hati kita ikhlas membantu, wang kita tidak akan berkurang, malah semakin bertambah.
Perhatikan benar-benar maksud firman ALLAH SWT:
"Bandingan orang yang membelanjakanhartnya pada jalan Allah SWT ialah sama dengan biji benih yang menerbitkan 7 tangkai, tiap2 tangkai itu pula mengandungi 100 biji.
Dan ingatlah Allah SWT akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang mengkehendakinya " (Surah Al-Baqarah: 261)
Dilihat dengan pandangan biasa, memang wang kita menyusut, tapi pada pandangan mata hari, wang kita sebenarnya telah bertambah.
Bertambah bukan setakat sekali, 2 kali atau 3 kali ganda, bahkan 7 ratus kali ganda. Jika dinisbah secara matematik wang $25.00 kita telah "BERTAMBAH" menjadi RM 17,500.00!
Bagaiman? Adakah benar?
REzeki yang "Bertambah" tidak boleh dilihat dari segi jumlahnya saja. Tapi harus dilihat dpd pelbagai dimensi, secara holistik, yg penting mari kita lihat dari segi keberkatannya.
Ya, dalam soal rezeki, bukan soal byk atau sikit saja yang harus dipertimbangkan , tetapi sama ada berkat atau tidak. Kalau rezeki sudah berkat, sedikitnya mencukupi, bykny boleh di agih-agihkan. Berbanding rezeki yang hilang berkat, sedikit tidak mencukupi byknya tidak puas.
Ini lah penyebab berlakunya rasuah di kalangan orang atas - bila si kaya harta, masih miskin jiwa akibat terhakis keberakatan rezekinya.
Kita yakin Allah SWT adalah AL-RAZZAK ( Maha Pemberi Rezeki) dan
Al-Wahhab(Maha Pemberi).
Apabila sesorang insan memberi kepada insan lain hanya kerna ingin mendapat keredahaan Allah SWT, maka Allah SWT akan "Menggantikan" pemberiannya itu dengan sesuatu yang lebih baik, malah lebih byk - mungkin tidk dari segi kuantitinya, tetapi boleh jadi kualitinya.
Secara mudah, ini yang yang dimaksudkan dengan barakah (sesuatu yang bertambah dan baik).
Ungkapan Saydina Ali : " Harta yang menjadi milik kamu yang sebenar ialah harta yang kamu belanjakan ke jalan Allah"
Justeru, "boleh dikatakn bahawa rezeki itu bukan sesuatu yang kita terima , sebaliknya apa yang kita berikan'.
Semakin kita berikan, rezeki (boleh jadi dalam bentuk harta, ilmu, masa, tenaga) akan semakin "bertambah", apabila dibelnjakan di jalan Allah SWT. Rezeki yang kita simpan, hakikatnya belum tentu kepunyaan kita. Mati boleh datang tiba-tiba. Sebaik kematian datang, rezeki kita sudah bertukar tangan - menjadi pusaka, warisan setelah di faraidkan!.
Perhatikan betapa ada orang yang pendapatannya kecil, tetapi oleh kerana berkat, hidupnya terarah, anak-anaknya baik, isterinya solehah dan kehidupannya tenang walaupun tidak kaya.
Ada pula si kaya yang wangnya melimpah ruah namun "kaya" juga dengan masalah. Isteri melawan cakap, anak-anak liar, para pekerjanya menipu, orarng gaji sering lari dan 1001 lagi masalah hidup.
Yang aneh duitnya dirasakan tidak pernah cukup2.
Jika diberi pilihan yang mana keinginan kita?
TEPUK DADA, TANYALAH IMAN.
No comments:
Post a Comment