Sunday, February 1, 2009

BILA HIDUP TIDAK SECARA ISLAM.

Salam untuk semua...Hari minggu yang indah akan saya paparkan satu kisah cukup sedap di hayati. hasil tulisan Ustaz Hasrizal Abd Jamil...


"Macamana ustaz boleh baca kitab Arab macam itu?..
Baris tak ada, tanda mati tak ada,?
Macamana nak tahu kena baca baris atas, depan atau bawah?"
tanya seorang pelajar....

Hmmm macamana ustaz nak jawab ni ya.....Kalau nak tahu baris-baris di tengah perkataan, belajarlah ilmu Shorof dan kalau nak tahu baris dihujung perkataan, belajarlah ilmu Nahu.

"Ustaz kalau habis belajar bab Nahu dan Shorof tu, kira boleh bacalah ye?". tanya pelajar.

"Tak juga. Kelancaran membaca kitab Arab yang tak berbaris ini, datang dpd latihan.
Lagi byk membaca, lagi eloklah kualiti pembacaan kita. "... jawab ustaz.

"Bila dah mahir, tak perlukan baris lagi?" beliau semakin blurrr.

"Malah kalau dibaris2 kan semua, jadi sulit pula nak baca. Buku Arab yang membaris-bariskan semua perkataannya adalah tajhil kepada pembaca." sambung ustaz.

"Tajhil? Tajhil tu apa ?"

"Tajhil bermaksud, menggangap pembaca sebagai jahil. Yakni tak mahir membaca. jawab ustaz.

"Oh begitu, habis kenapa Al - Quran semua dibubuh baris? Menganggap semua pembacanya jahil ke?" tanya pelajar penuh semangat.


"Kitab Tafsir hanya dibaca oleh orang yang belajar tafsir.
Buku teks Bahasa Arab Tingkatan 1 hanya di baca oleh pelajar tingkatan 1.
Tapi al-Quran untuk bacaan semua.
Daripada tingkatan 1 sehingga kepada sealim-alim manusia.


"Lagi pun al-Quran adalah kalam Allah , sumber hukum. Silap baca lain maknanya!" sambung ustaz.

"Boleh ustaz bagi contoh?"

"Misanya dalam ayat 6 surah al-Maidah: Perkataan "arjulakum" yang bermaksudd "kaki kamu itu" hendklah diaca dengan baris atas pada huruf Lam.
Maknanya hendaklah disapu kepala ketika berwuduk dan kaki pula dibasuh.
Tetapi kalau dibaca "arjulikum" dengan baris bawah, maknanya berubah. Ia memberi maksud " hendaklah disapu kepala dan kaki kamu". tak payah basuh kaki. Sapu sahaja....

Namanya perbezaan Qiraat.
Sebab itu kena letakan barisnya.
Lagi pun al-Quran kena dibaca dengan tajwid, baca sebagaimana ia diturunkan.

Agaknya dulu-dulu, kalau dah Muslim itu , Muslimlah.
Tapi hari ini ia perlu diperincikan. Muslim yang bagaimana?

Muslim yang Islamik.... Sebab ada Mulim yang tak begitu Muslim...

Sampai berjumpa kembali.



.

No comments: