Sunday, February 22, 2009

KENALKAN ALLAH KEPADA HATINYA......

Salam cucuku di hari Ahad yang ceria....

Kata pepatah
Melentur aur biar dari rebungnya.
kerana bila sudah menjadi buluh
diurut payah dilurut patah
mendidik biar sewaktu kecil
.... bagai mengukir di atas batu
mendidik ketika dewasa..
.... bagai melukis di atas pasir.

Tapi bagaiman kiranya
jika diperingkat rebung lagi
aur sudah sekah
sudah reput daan sudah rekah
rosak sudah di pangkal
punah sampai ke hujung
keruh sudah di hulu
kelodak sampai ke hilir
di awal alpa bismillah
di akhir tanpa alhamdulillah.

Jenayah di peringkat sekolah
masalah lama gteru terselah
barah yang sudah lama membengkak
kini meletus mengeluarkan nanah
kata sesetengah pihak - ini masalah 'kecik"
tak sampai ke tahap kronik
peratusnya tak sampai satu
tak perlu diheboh-hebohkan dulu
katasesetengah pula - ini masalah negara
tunas generasi sudah tercalar
kanak-kanak lagi sudah tercemar
apakah jadi bila remaja?
aptah lagi nanti dewasa?

Mari kita takafur sebentar
menganalisis produk dari kilangnya
melihat kuih dari acuannya
menghitung nasi berserta kuahnya.
menilai rintik si anak dari borek bapanya.

Mari kita susur ke akar
mencari jati diri pada hakikat
mentafsir asal mula pada yagn tersirat
justru jenayah atau apa saja
ialah buah, ialah natijah,
asal-muasal daripada
mukadimah yang salah!

Awal bermula dipertemuan ibu bapa
perkenalan dan cina jangan dicemari dosa
pertunangan dan pernikahan
disusun penuh syariat
nikah yang berkat bersendikan hukum Allah
ketika hendak "bersama"

Dimulakan dengan doa....
agar anak yang bakal dikurniakan
selamat daripada gangguan syaitan...

Dirahim ibu benih anak disimoan
dibajai dan disuburkan dalam belaian al-Quran
surah Luqman, Yusuf dan Maryam
....agar degup jantung pernafasan
dalam selubung kebaikan
dalam lindung keredaan.

Lahirnya dilarungkan seruan azan
iqamat, taknik, akikah lalu dinamakan
Muhammad..... sempena insan teladan
Adam, Isa, IIlyas, Yusuf....
berkat nabi dan rasul pilihan
dikalangan para pejuang
dan penegak kebenaran
dikalanan para sahabat dan saddiqin
para syuhada dan solehin....

Dididik putera-puteri mengenal Allah
diteraskan al-Quran, berasaskan al-Sunah
diajar beradab dan beribadah
menerusi sejarah hidup Rasullah
biar program awal bersih putih
akar tunjangnya teguh kukuh
jiwa, akal, emosinya gagah
bersendikan - Awwaluddin Makrifatullah
Awal agama mengenal Allah)

Ajarkan dia menghitung dosa
disamping belajar menghitung angka
Asuhlah dia membaca
dengan roh "iqra" daripada Yang Esa
Ketika sudah pandai menulis
dia seharusnya telah sedar
akan tipuan iblis.

Ajar dia mengenal yagn dicipta
berasaskan iman kepada Pencipta
ketika berinteraksi sesama insan
jangan lupa komunikasi kepada Tuhan
ketika meneguk nikmat
ingat Pemberi Nikmat
jangan asyik mengkaji tumbuhan dan haiwan
hingga lupa mengenal Tuhan.....

Kenalkan Allah kepada hatinya,
nescaya kenallah dia kepada ibubapanya,
masyarakat dan negara.

tetapi kalu lupa
pada DIA...
dia akan lupa segala
juga pada dirinya !

Berhenti sejenak di satu destinasi
istirehat sejenak mengatur koeksi
kita tidak boleh lagi terus=terussan begni
menghasilkan penghuni Pusat Serenti
menghasilkan manusia bohjan bohsia
masalah dadah dan juvana.

Ini buka lagi soal pendekatan
tapi soal prinsip dan keyakinan
jangan persoalkan kecil besar
banyak atau sikit
Ini bukan soal statistik atau data
bukan soal diskusi, forum dan seminar
tetapi soal manusia
ya...
siapa menyemai gelombang
dia akan menuai badai
bila rebung-rebung menjadi rentung
kita perlu kembali ke benih

Betulkan mukadimah.....
indahlah natijah...


Sampai berjumpa di pinggiran waktu....cucuku sayang..



.

No comments: