Sikap Jimat Tidak Boleh Di warisi.
Setiap khamis nenek sering ke pasar malam.
Beli ikan dan sayur.
Bukan apa , nenek tak sempat ke pasar.
Nenek perhatikan gerai makanan lah yang paling sibuk sekali.
Awal bulan, tengah bulan dan akhir bulan sentiasa ramai.
Walaupun harga makanan melambung.
Ada kawan nenek bercerita anak-anaknya berbelanja
membeli satu atau dua makanan dengan harga RM 5 hingga RM 10.
Alahai, berapa besarlah perut si anak boleh mangisi makanan tersebut.
Makanan sekadar dua tiga suap saja.
Selebihnya dibuang dalm tong sampah.
Semua dibuang tanpa rasa bersalah.
Inilah didikan pembaziran kepada aanak-anak.
Mungkin si ibu dan si ayah tiada rasa apa-apa.
Masing2 bekerja dan dapat menyimpan wang yang banyak.
Apa saja yang diminta oleh anak-anak dibelikan.
Nenek pernah melihat setuasi pembaziran yang sama berlaku di kedai-kedai makan,
restoran atau hotel.
Makanan yang dihidang bukan main banyak dan tidak murah juga.
Namun lebih banyak dibuang daripada di makan.
Cucu-cucu yang selalu diingati<
Pernah semasa di sek, nenek hilang pensel. Baru dibeli hilang lagi.
Ayah nenek kata dia tidak akan berikan pensel baru.
Nenek perlu menggunakan wang poket sendiri untuk membeli pensel.
Begitu juga jika nenek hendak alat permainan, ayah tidak mudah memberi.
Ayah kat nenek perlu mendapat A dalam uljian bulanan dan sebagainya.
Kami jarang makan dikedai.
Apa yang dihidang sedap atau tidak, suka atau tidak suka tetap kami makan.
Sebelum berhenti makan, pinggan mesti licin.
Tiada sebuti nasri ditinggalkan.
Remah nasi yang jatuh di atas meja dikutip dan dimakan semula.
Ayah nenek tegas orangnya.
Pantang jika melihat anak-anaknya membazir.
Bukan sebab miskin, tetapi ayah hendak mengajar menghargai dan mensyukuri rezeki Allah SWT.
Nenek akui zaman sekarang ramai org di negara kita tidak sukar mendapat makanan.
Sekalipun mahal tetapi masih mampu dibeli.
Tidak seperti dinegara dunia ketiga yang lain.
Misalnya ,... kemiskinan melampau di Kemboja.
Masya-Allah, begitu daif kehidupan anak-anak di Kemboja.
Mereka mungkin sebaya cucu-cucu. Mereka sudah terbiasa dengan kelaparan, sekolah yang serba kekurangan, kurang ilmu pengetahuan dan sebagainya.
Mereka tiada kemudahan sek seperti kita.
Cuma kelas yang daif, dimana kerusi meja usand dan patah-patah.
Mereka hanga berbekalkan sebuah buku tulis usang dan sebatang pensel.
Tidak seperti cucu-cucu , nenek percaua buku tulinya lebih dari sedozen,... dapat
bantuan buku teks lagi, sekolah yang selesa dan sebagainya.
Cucu-Cucu yang nenek kasihi,
Apa yang nenek ingin sampaikan disini ialah jauhi pembaziran.
Tanamkan dalm diri "Saya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang pembaziran!".
Sama ada membazir dalam makanan , wang dan peralatan dan masa.
Pembaziran meninggalkan kesan buruh dalam kehidupan kita...
Ingatlah syaitan adalah pengasa dan pendorong kepada tabiat membazir ini sebagai mana firman Allah SWT bermaksud:
"Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan.
Sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhan " (Surah Al-Israa':27.
antara kesan-kesan pembaziran ialah kita hilang kepekaan terha
dap kesusahan orang lain.
Jika datang sedikit kesusahan pada diri kita, kita rasa kitalah yang paling menderita dan malang.
Apa lagi jika berhadapan dengan ujian yang besar.
Memanglah harata dan kekayaan boleh diwarisi,...
TEtapi sika berjimat tidak boleh diwarisi...
Ia mesti dididik, dilatih dan dibiasakan.
Kalau anak tidak bijik mengurus warisan harta ayahnya, kekayaan itu akan habis jua.
Oleh itu hargailah setiap nikmat Allah SWT kurniakan pada kita.
Manfaatkan nikmat itu, semoga kita tidak tergolong sebagai saudara syaitan.
Sampai berjumpa kembali....
.
No comments:
Post a Comment