Salam untuk semua.
Terpanggil untuk saya kongsikan....warkah dalam majalah SOLUSI
Kamu lakukan dosa kerana kejahilan, lalu segera bertaubat.
"Firman Allah, bermaksud ... Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggupi oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat.
Maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui , lagi Maha Bijasana "..... Surah al-Nisa' 4:17)
Kamu lakukan dosa tetapi kemudian kamu insaf dan berusaha memperbaiki diri....
Firman Allah, maksudnya: "Dan mana-mana dua orang diantara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudaian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk); maka biarkanlah mereka kerna sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima taubat, lagi Maha luas rahmat Nya." (Surah al-Nisa 4:16).
Dia memaafkan kesalahan yang kamu lakukan.....
Firman Allah , maksudnya "Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hamba Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan ); dan ia mengetahui akan apa yang kamu kerjakan ." (Surah al-Syura 42:25).
Dia memaafkan kesalahan siapa sahaja yang dikhendakinya...
Firman Allah, maksudnya : "Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang yang dikehendaki Nya ; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana ;" (Surah al-Taubah 9:15)
Sampai berjumpa lagi....
.
1 comment:
inshaallah,bila Allah membuka hatimu untuk bertaubat bermakna taubat itu akan diterima
mois2009.blogspot.com
Post a Comment