Tuesday, February 10, 2009

PUISI KEIMANAN

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT,
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.

Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.

Apabila jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.

Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWASSSS

Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
Kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat,

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat,
Apabila tempat maksiat tumbuh macam kulat,

KETIKA itu manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiah, ada yang jadi lalat dan ada jadi ulat.

Apabila manusai danjadi ulat, sembahyang makin hari makin liat,
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orrang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.

Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak muda pakai seluar ketat.

Semua nak tunjuk kuat
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.

Tapi hidup pula yang melarat,
Tali kasut dah tak berikat

Rambut punjarang sikat
Yang perempuan, pakai mini sekerat

Suka pakai baju ketat
Suka sangat menunjukkan pusat

Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat
Pakai pulak yang singkat-singkat

Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat
Duduk jauh berkirim surat

Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat

Masa itu, nafas naik sampai tersekat-sekat
Usah peduli agama dan adat

Usah takut Allah dan malaikat
Yang penting apa kita nak buat?

Kita bukti lah kita buat
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat

Apabila perut kempis dah jadi bulat maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat

Bila anak-anak tak cukup sifat... jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat

MAKNANYA KETIKA ITU IBLIS MULA MELOMPAT.

Dia kata apa?..Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat

Inilah dia fenomena masyarakat
Oleh itu wahai saudara ku dan para sahabat

Marilah kita pakai mengingat
bahawa dunia hari ini makin singkat

Esok atau lusa mungkin kiamat
Sampai masa kita semua akan berangkat

Berangkat menuju ke negeri akhirat
Disana kita akan ditanya apa yang kita buat

Masa itu sendiri mau ingat
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?

Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?

Harta benda anta, dari mana anta dapat...?

Ilmu anta adakah anta manafaat...?

Cucu-cucu sekelian ingatlah dan kembalilah kepangkal jalan jauhi maksiat dan banyakkan lah ibadatmu...

Sampai bjumpa lagiii

.

No comments: