Salam untuk semua di hari selasa yang indah dan damai.
Tertarik dengan warkah tulisan Pakar Motivasi Dr Robiah K. Hamzah saya paparkan...kisah nya
Kecantikan merupakan sebahagian dpd daya tarikan yang harus diutamakan oleh setiap bapa dan ibu. Sama ada bapa dan ibu bekerja dipejabat atau bekerja di syarikat sendiri dan atau dimana saja mereka berada.
Ini kerana kecantikan mempunyai daya dorong tersendiri dalam meningkatkan keberkesanan dalam mengasuh dan mendidik dirumah atau di luar rumah.
Ibu-ibu sekelian...
anda di norbatkan oleh agama menjadi jurubina bangsa dan negara yang bermula dari keluarga, jasad dan jiwa.
Hiasilah diri dengan budi pekerti dan sifat malu ...
Sifat malu bermaksud :
Malu jika tidak tahu ilmu agama.
Malu jika tidak tahu adab sebagai orang beraga.
Malau jika menentang perintah agama dalam penampilan dan ilmu.
Malu bila tidak dapat mendidik anak mengikut adab dan dasar yang di syorkan agama...
Paling memalukan bila kita mendidik sehingga melahirkan anak didik yang jauh dari agama secaraa sedar atau tidak disedari.
IBU sebenarnya memegang 3 M.
M pertama beraksi sesbagai MURABBI (pembentukan dan pendidik jiwa untuk anak-anak). Didik mereka hingga mereka kenal, faham, dan mentaati dan menghayati anugera Pencipta dan menghubungkan diri dengan Pencipta mereka dalam semua keadaan.
M kedua ialah menjadi MUADDIB (pendidik adab, pekerti dan akhlak anak didik) .
M ketiga ialah MUALIM (mendidik dengan ilmu dan membolehkan anak didik mencintai ilmu dan berusaha mencarinya sepanjang hayat).
Sebagai renungan semua ibu-ibu tercinta... yang sebenarnya yang dikatakan anak yatim itu bukanlah anak yang kematian kedua ibu baga tapi adalah mereka yang dadanya kosong dengan ilmu dan tidak dikatakan kaya seseorang yang hanya banyak harta, tetapi yang sebenarnya kaya ialah orang yang banyak ilmunya.
Cantiknya seseorang bukan terletak pada banyaknya perhiasan di badannya, tapi cantik yang sebenr ialah mereka menghiaskan diri dengan ilmu dan budi perkerti dan adab.
SALAM MUSLIMAH.
.
No comments:
Post a Comment