Saturday, February 7, 2009

PENANGAN "AIR TANGAN"

PENANGAN "AIR TANGAN"

Masakan itu ialah masakan yang palingggg sedap.
Begitu selaulnya dikatakan orang.
Realitinya pun begitu.
Percayalah seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama.


Rindu masakan ibu sering melanda anak-anak.
Walaupun sianak mungkin pernah menjamah makanan yang lebih mahal,
ekostik dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu.
Mengapa???


Kata orang, itulah penangan "Air Tangan".
Memasak melalui perbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, menguli dan lain-lain aktiviti yang kebanyakannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung.

TAngan tukang masklah yang paling banyak menyentuh makanan.
Jadi dlam maskan ibu, air tangannyalah yang paling banyak 'terlarut' bersama bahan-bahan masakan.

Benarkan air tangan itu yang memberi kelazatan pada makanan yang dimasak.
Benarkah begitu?????


Hakikatnya, itu bukan sebabnya.
Air tangan yang dimaksudkan bukanlah 'air' dalam erti kata yang fizikal dan material.


Air tangan sesbenarnya ialah alairan ksih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusanhati seorang ibu yang memaskan untuk anaknya.
Hati itulah yang mengalirkan 'air tangan'.
Jadi , air tangan pada hakikatnya ialah aliran kasih sayang semasa ibu memasak untuk anaknya.

Orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus , hasil kerjanya akan berkualiti.

Dorongan kerjanya buka untuk 'mendapat' tetapi untuk 'memberi.
Seorang ibu yang memasak adalah didorong untuk 'memberi' kasih sayang kepada anaknya, berbanding seorang 'chif' yang memasak atas dorongan ganjaran komersial.


Justeru semakin ikhlas, ceria dan kasih seseorang pada pekerjaannya dan kepada siapa dia tujukan atas kerjanya itu, maka semakin tinggilah kualiti tersebut.
Dan semakin kurang keikhlasan, keceriaan dan kasih seseorang semasa melakukan kerjanya, maka semakin rendahlah kualiti dan produktiviti kerja tersebut.


Oleh itu cucu-cucu ku....falsafah di sebalik 'air tangan' inilah saya kira dapat merealisasikan dorongan Rasulullah SAW agar setiap kita memperelokkan kerja menerusi sabdanya :

"Bahawasanya Allah SWT suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja, dia memperelokkan kerjanya."


Sampai Berjumpa cu ya.....



.
Itulah faktor yang menyedapkan masakannya.

No comments: