Dgr ni nenek nak pesan...
Tarikh 14 Feb merupakan hari yang dianggap kermat oleh pasanga yang sedang berkasih.
Hari yang dipanggil Valentine's Day di anggap sebagai satu masa untuk mengistiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masin2.
Maka pada hari itu pasangan harus memakai pakaian yang indah, dan bertukar hadiah berupa bunga ros
Pasangan ini juga akan bercanda di merata tempat sehingga lah terjadi adegan2 maksiat yang bertentangan degan syarak demi untuk membuktikan kasih sayang mereka yang tidak ternilai harganya.
Dan saban tahun juga lah para ulama mengingatkan kepada umat ISLAM agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi.
HARI VALENTINE TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN UMAT ISLAM!!!!
Sebagaiman yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat islam hari kebesaran bagi umat islam yang mana disyaritkan bagi kita menyambutnya hanyalah HARI RAYA AIDILFITRI dan AIDILADHA.
Ini sebagaiman yang firman Allah AWT:
Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli2 syariat yang lain membantahmy dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada diatas jalan yang lurus, (al-hajj:67)
Anas bin Malik r.a berkata Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya.
Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:"Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri". (riwayat al-Nasaai, no 959).
Oleh itu hendaklah umat islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul Nya khusu untuk umat Islam.
Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kuru terbaik bagi umat islam, pelbagai hari perayaan elah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.
Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam.
Malah ia berasal dari budaya sserta agama golongan yangn ingkar kepada perintah Allah SWT seeperti sambutan Tahunn Baru masihi, Hari Haloween dan juga Hari Valentine yang ssedang kita bincangkan ini.
Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-'Utasaimin berkata: :maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir.
Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar".
Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.
Firman Nya " Orang-orang yahudi dan nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah )kepada mereka): "Sesungguhnya petunkuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah:120)
No comments:
Post a Comment