SALAM untuk semua cucuku...
Rasulullah SAW telah menegaskan bahaswa dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut.
Sebaliknya jika jahat daging itu, maka jahat pulalah orang tersebut.
DAGING ITU IALAH HATI.
Itulah peranan utama hati.
Ia umpama raja didalam kerajaan diri manusia.
Jika raja baik, rakyat akan baik.
Maka begitulah bial hati baik, secara automatik tangan, kaki, mulut, hidung dan lain-lain pancaindera akan melahirkan kebaikan.
Al-Quran memberikan informasi yang sangat banyak tentang hati ini.
Tidak kurang dalam al-Quran.
Maka, usaha untuk melahirkan diri, keluarga, masyarakat, negara bahkan dunia yang lebih baik mestilah dimulakan dengan membersihkan hati manusia.
REVOLUSI HATI
Kejayaan Rasulullah SAW mengubah masyarakat jahiliah adalah kerana Baginda berjaya mengubah hati manusia.
Inilah yang dikatakan oleh Profesor Dr. Hamka, "Nabi Muhammad berjaya melakukan satu revolusi jiwa yang hebat dalam sejarah manusia ."
Rasulullah SAW berjaya mengubah sikap manusia kerna Baginda berjaya melakukan revolusi hati.
Iman dihati ialah kunci utama kearah perubahan sikat.
Ia secara automatik akan mengubah manusia secara bertahap-tahap.
Transfomasi, reformasi, evolusi atau apa saja istilah yang dikaitkan dengan perubahan, mesti berlandaskan soal hati.
Apabila soal hati ditangani dengan iman, ia memberi satu kekuatan yang luar biasa dalam diri manusia yang biasaa.
Tauhid ialah sumber kekuatan untuk melakukan perubahaan kerna ia mengungkai semua halangan dan godaan luaran yagn mengganggu usaha ke arah perubahaan.
Soal hati, bukan hanya penting pada peringkat awal perubahaan tetapi ia perlu terus dijaga sepanjang usaha manusia untuk menjadi individu yang baik dan mampu memberi kebaikan.
Rasulullah SAW pernah mengingatkan bahawa setiap amalan bergantung kepada niat.
Sabda Rasulullah SAW: " Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat ."(Riawayat Muslim).
Maknanya, jika niat baik, maka amalan pun akan baik.
Sebaliknya jika niat jahat, amalan yang baik sekalipun akan bertukar menjadi jahat.
Bagaimana natijah atau kesan sesuatu amalan sering bergantung pada mukadimahnya.
Jika mukadimah amalan itu ialah niat yang baik, maka amalan itu akan memberi kesan yang baik.
KUALITI HATI = KUALITI AMALAN
Kualiti amalan bergantung pada kualiti hati pelakunya.
Setiap kali kita melakukan satu perbuatan, maka hati akan menentukan itu amalan baik atau sebaliknya.
Berderma misalnya,.. ialah amalan yang baik tetapi sekiranya dilakukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk, ia bertukar menjadi riyak dan hukumnya berdosa....
Begitu juga solat.
Pada zahirnya ia memang amalan yang mulia.
Namun sekiranya nya hati orang yang melakukan solat kerana ingin "membesarkan" dirinya bukan membesarkan Ilahi, maka solat itu bukan lagi amalan yang mulia.
Maka berhati-hatilah menjaga hati kerana amalan yang sebesar gunung sekalipun tidak akan bernilai walau sedebu pun, sekiranya diamalkan tanpa ikhlas...
Rasulullah SAW bersabda :" Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta kamu tetapi melihat kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu." (Riwayat Muslim).
Jangan sampai terassa bagimu kebesaran sesuatu dosa, itu hingga merintangimu daripada bersangka baik kepada Allah SWT, sebab barang siapa yang benar-benar mengenal Allah SWT akan merasa kecil dosanya apabila dibandingkan dengan keluasan rahmat Nya.
HATI UMPAMA MAGNET
Semua amal ibadah adalah untuk membersihkan hati.
Manakala dosa mengotori hati.
Hakikatnya, hidup ialah satu perjalanan menuju Tuhan untuk mempersembahkan hati yang bersih kepada Nya.
Keuntungan atau kerugian hidup manusia ditentukan oleh usaha yang membawa keberihan hati atau sebaliknya.
Firman Allah :" Dan beruntunglah orang yang membersihkan dn merugilah orang mengotorinya ." (surah al-Syams 91:9-10).
Hati yang bersih penuh keimana, ketakwaan dan sifat-sifat mahmudah.
Hati ni mempunyai kuasa yang cukup hebat dan luar biasa.
Hati umpama magnet.
Ia mempunyai kuasa "menarik" sesuatu yang diluar diri kita.
Apa yang bersemi dihati, menentukan apa yang diterima sebagai pantulannya.
hati yang baik didalam diri menarik kebaikan dari luar diri.
Untuk mendapat kebaikan, Islam mendidik kita agar memulakan sesuatu interaksi dan komunikasi sesama manusia dengan kebaikan, bermula dengan bersangka baik, memberikan senyuman dan memberi salam.
Hati juga umpama kebun, semaikanlah "benih" rasa yang baik-baik , psti kita kan menuai "buah" kebaikan.
Jangan sekali-kali menyemai angin, nanti kita terpaksa menuai badai.!
Nasihat nenek pada cucu.... jagai hati mu semua ya cu...
baca dan tanam kan dalam sanubari.
Sampai jumpa lagi cucu-cucu ku.
.
No comments:
Post a Comment