Tuesday, February 10, 2009

CINTA

Cinta dan memiliki itu suatu yagn berbeza.
Jangan silap tentang hakikat itu.
Ramai pasangan suami isteri 'terkorban' cintanya kerana gagal membezakan antara mencintai dengan 'memiliki'.

Bila kita mencintai seseorang, kita berfikir tentang dirinya, bukan diri kita.
Kepentingan sendiri tidak dihiraukan, bahagia kekasih itulah yang diutamakan.
Ungkapan ini menggambarkan cinta yang sejati.
Sebaliknya, jika kepentingan sendiri lebih diutamakan, perasaan, jiwa dan rasa kekasih dibiarkan,
maka itu bukan CINTA.
Itu memperalatkan cinta namanya.

Mencintai itu membebaskan,
manakala memiliki itu cenderung kepada mengikat, membelenggu dan mengawal.
Berapa ramai isteri yang "mengawal" suaminya atas nama cinta?
Sehingga suami hilang kebebasan dan kemerdekaan dalam hidup seharian.

"Bila nak balik?"
"Kenapa lambat?"
"Kalau abang tak balik lagi, saya akan ...."
Bolehkah itu dikatakan 'ayat-ayat ' cinta?
Maaf, pertanyaan seperti itu lebih mirip kata-kata seorang majikan kepada pekerja, bukan antara isteri dengan suami tercinta.

Suami pula apa kurangnya.
Segala gerak-geri isteri dipantau penuh curiga.
Setapak isteri melankah, menggelegak cemburu di dada.
Prasangkanya sudah ke tahap merimaskan sang isteri.
Salah sedikit, marah.
Terlanjur sekejap, ugutan.
Bila ditanya, mengapa?
Si suami tidak malu mengaku, "kerana saya terlalu cintanya!".
Padahal, jika diamati dan diteliti, itu semua kerana cintakan diri sendiri.

Kasihan, siisteri menjadi sandera cinta.
Dikepung oleh penjara rumahtangganya, dicemeti oleh kata-kata suaminya.
Ah, ada benarnya kata bijak-pandai.... kekadang perkahwinan itu menjadi pusara percintaan!!.

"Queen control " atau
"King control" adalah produk cinta yang palsu.
Cinta yang diselaputi kepentingan diri.
Kulitnya cinta tetapi isny keegoan diri.
Seperti seorang pemilik burung terkukur
....diberi makan, diberi minum, dibersihkan dan dimandikan, dilatih berlagu...
...tetapi dikurung dalam ssangkar.

"Ini burung kesayangku," akuinya di hadapan tetamu.
"Suaranya sungguh merdu." pujinya tidak henti-henti.

Sekalipun tekukur dikurung dalm sangkar emas.
Sangkar tetap untuk mengurung, sekalipun sangkar emas.
Kilauan sangkar emas, suara berlagu merdu, bukanlah kebahagiaan tekukur yang terkurung tetapi buat tuannya yang mengurung.

No comments: