Sunday, February 22, 2009

BUAT MATA YANG SEDANG MENANGIS....

.. Salam cucu ku tersayang.....


Duhai mata yang sedang menangis


Mungkin tika ini kau sedang bahagia,
mungkin juga kau sedang berduka.
Apa pun situasi mu, air yang mengenangi kelopakmu dan mengalir ke pipi
ialah anugerah Allah SWT yang tak terhingga.
Ia mampu membuang rancun ditubuh mu
kemudian disusuli ketenangan jiwa.
Bersyukurlah pada Nya
kerna hingga saat ni kau masih mampu menangis...

Aduh !!!!

Sungguh hairan ku melihat orang yang merasakan tangisan itu satu
kelemahan.
Malah menganggapnya satu lambang ketidakmatangan.
Sedangkan Allah SWT merakam mulia sebuah tangisan
dalam firman Nya : " Dan mereka menyungkur (sujud) diatas muka mereka
sambil menangis dan mereka bertambah khusuk". (Surah al-Isra": 109).

"Apabila dibacaakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyukur dengan bersyukur dan menangis "(Surah maryam:58).


Duhai Mata Yang Menangis ....

Tahukah dikau,
jika dikaji dari perspektif sains,
tangisan mu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna
dalam merawat penyakit berbahaya.
Takala dirimu dalam ketakutan,
unsur-unsur berbahaya dijana oleh tubuh.

Air mata secara semulajdi boleh membuangnya.
Otak pula bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia
daripada air mata.
Bukan itu saja,
tangisan menambah jumlah degupan jantung
sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu
dan urat-urat dada.
SEtelah tangisanmu reda,
kembalikan degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula mengusai jiwa.
Subhanallah, hebat sungguh penciptaan air mata !!!!


Duhai mata yang menangis....


Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan.
Sama ada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tanggisan.
Ia menjernihkan kornea dan menanjamkan penglihatan,
I meringankan ketegangan jiwa.
Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.

jika kau lelaki,
kenapa perlu malu pada tangisan?
Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan
dalam mengendalikan kemampuan.
Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam.
Apa pun, tak siapa dapat menafikan kau juga insan yang punyai hati dan perasaan.

Isihati mu kadang kala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit.
Usah menipu diri berlagak kuat degan mmenafikan
air mata kerna kelak badamu mendapat darurat....


Jika kau wanita...
kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki.
Tahukah dikau, penyayang Nya Allah SWT padamu hingga Dia menciptakan
kalenjar-kalenjar air matamu lebih besar daripada kalenjar-kalenjar
air mata lelaki.
Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali
lebih banyak daripada lelaki....

Ia antara penyebab panjangnya usia mu berbanding lelaki.
Masakan tidak, air matamu, keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh.
Doktor pakar mata berkata,
air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar urat sarat perasaan
dan emosi yang tidak stabil...


Duhai mata yang sedang menangis....


Sungguh bertuah kau masih mampu manangis.
Usah ditahan tangisan itu.
Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu.
Benar.....
tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu....
jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu.
Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarang mu untuk
melonjakkan amal dan perubahaan untuk hari esok.


Sesungguhnya tangisan kerana Allah SWT ketika gembira atau derita ialah
ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup.
Dengarlah pesanan Rasulullah SAW dalam menyampaikan kalam yang Esa,

"Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut
kepada Allah" (Riwayat Ahmad dan al=Nasa'i).


Pesan nenek... dalami lah kiasan dan rungkaikan dengan jiwa yang tenang...
JUmpa lagi...


.

No comments: