Salam sahabat2....Hari ini ada sesuatu topic yang cukup menarik berjudul Punca Masalah.
Mengapa kita seringa berkata biar byk solah istikharah , kerana solat itu membantu kita untuk memutuskan sessuatu hal berbeza dengan hajat?
Mungkin hajat yang kita inginkan itu sebenarnya bukan yang terbaik untuk kita namun kita begitu degil tetap mahunkannya dan apabila hajat itu ditunaikan dan kita mendapati ianya mendatangkan masalah maka siapakah yang harus terlebih dahulu di persalahkan.
Yang pertama dan terakhir patut dipersalahkan ialah diri kita sendiri kerna kita tidak yakin dengan keputusan Allah s.w.t.
Keduanya ia juga adalah akibat masalah hubungan kita dengan Allah swt. Apabila kita mempunyai masalah hubungan dengan Allah swt maka kita pasti akan mempunyai masalah di dunia.
Jika kita ingatkan kembali masalah yang anda buang tadi dengan teliti mengapa ia berlaku maka jelas sekali bahawa masalah itu terbit hasil dari masalah perhubungan anda dengan Allah swt.
Ada orang yang berkata, dia seorang yang kuat beribadah dan sering menjaga hubungan dengan Allah swt. .... Namun hubungan dengan Allah swt ini perlu dengan rasa yang mendalam dan jika hanya mengerjakan sesuatu untuk memenuhi ritual, ia jauh sekali boleh dianggap sebagai hubungan dua hala tetapi hanya tanggung jawab insan.
Cuba renungkan sekirnya anda hanya menjaga anak anda atas dasar anda dan tugas anda hanya untuk memberi makan dan pakai.... Seandainya itu saja yang anda lakukan cuba pula anda fikirkan setelah anak itu dewasa mungkinkah dia juga akan melayan anda sedemikian rupa?
Dia mungkin baik terhadap anda kerana jasa anda tetapi dia mungkin bukan anak yang soleh kerna mungkin berat baginya untuk mendoakan anda.....
Merperbaiki hubungan anda dengan Allah swt adalah satu2nya jalan keluar untuk setiap masalah kita.
Jangan lah cuba untuk berlawan dengan dunia kerana dunia lebih arif tengan hal duniawi tetapi lawanlah dengan dunia ini dengan akhirat kerana dunia tidak pernah kekal dan pastinya dia akan kalah apabila akhirat dijadikan senjata.
Maka jelaslah sekarang bahawa asas kepada masalah kita sebenarnya adalah hubungan dengan Allah swt yang selama ini cukup renggang dan mungkin amalan yang kita lakukan bukan untuk Allah swt tetapi untuk kita walaupun kita berkata kerana Allah swt.
Jika anda selama ini melakukan solat hajat untuk menyelesaikan masalah anda maka ini cuba diganti dengan solat sunat dan jika anda selama ini melakukan zikir untuk menghilangkan beban emosi anda maka kini cubalah untuk berzikir hanya untuk Nya.
Cubalah anda lakukan semua perkara hanya kerna Nya dan lakukan hal ini sekurang2nya selama 21 hari dan mungkin selama tempuh itu anda tidak sedar yang masalah yang membelenggu anda kini sudah mula terungkai.
LAKUKAN SELAM 21 HARI
Semuga berhasil... jumpa lagi....
No comments:
Post a Comment